Sunday, May 10, 2009

7.0 RUMUSAN

7.0 Rumusan

Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat beberapa bentuk muka bumi di kawasan kajian seperti kawasan tanah tinggi, kawasan tanah pamah yang rata dan subur. Manakala BMB ini pula mempunyai banyak potensi antaranya ialah sebagai kawasan petempatan, kawasan pertanian, kawasan pengangkutan dan pelancongan. Namun begitu terdapat beberapa halangan BMB di kawasan kajian antaranya ialah, cerun curam, tanah runtuh, gelonsoran tanah, darjah ketersampaian yang rendah, banjir kilat dan sebagainya. Di kawasan kajian penduduk setempat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan ia telah memberi kesan kepada alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran tanah, kepupusan flora dan fauna, gangguan terhadap ekosistem serta perubahan landskap di kawasan setempat. Namun bagitu di atas kesedaran yang wujud demi menjamin kesejahteraan generasi masa depan beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah di atas antaranya ialah penggunaa baja kimia dan racun serangga dengan kawalan, mewujudkan hutan simpan. Menanam tanaman tutup bumi, membuat teres, mendalamkan sungai dan sebagainya. Dengan terlaksananya semua langkah yang dinyatakan, diharap negara kita dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek serta berdaya saing di peringkat global. Pada masa yang sama kita semua harus berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana, dilahirkan disebuah negara stabil dari segi politik, pesat membangun dan kaya dengan pelbagai sumber ekonomi, kemudahan sosial dan keunikan bentuk muka bumi.

0 Pandangan Membina!!!:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!