Thursday, March 12, 2015

Batal GST atau Hilang Undi PRU - Mahathir


Rakyat patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan.

“Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Perdana University dan University of California, San Diego di sini, semalam.

Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan Canselor Perdana University juga tidak bersetuju dengan cadangan pengasingan pendispensan ubat (DS) yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi doktor di klinik swasta, sistem yang diguna pakai sekarang iaitu doktor sendiri memberikan ubat kepada pesakit perlu dikekalkan kerana selain lebih murah, ia juga memudahkan pesakit.

“Orang sakit ini tak ikut masa. Tetapi farmasi kerja tempoh tertentu sahaja jadi kalau kita suruh dapatkan ubat daripada dispensari kadang-kadang susah sikit lah, menjadi masalah kepada pesakit. Saya dulu pun bawa beg dengan ubat, kalau ada sakit bagi (ubat) serta-merta,” katanya.

Sebelum itu, Dr Mahathir dalam ucapannya di majlis itu mendedahkan bagaimana kemajuan dalam dunia perubatan menyebabkan beliau sendiri hilang kelayakan untuk menjadi seorang doktor.

“(Pihak berkuasa) tarik balik sijil saya sebab sejak 40 tahun lalu saya sudah tidak amalkan perubatan dan mereka rasa saya tidak tahu banyak perubatan moden.

“Tetapi saya mengikuti perkembangan dunia perubatan dan telah mendapat manfaat daripada kemajuan bidang penjagaan kesihatan,” katanya di hadapan 100 pelajar perubatan Perdana University yang baharu menamatkan pengajian praklinikal dalam sains perubatan dan kesihatan.

Dr Mahathir yang menyampaikan ucapan bertajuk Pendidikan Penjagaan Kesihatan: Dulu, Kini dan Masa Depan turut berkongsi cerita semasa beliau menjadi pelajar perubatan pada 1950-an bagi mengingatkan pelajar universiti supaya menumpukan kepada pengajian.

Beliau turut menekankan kepentingan mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan rakyat menguasai bidang perubatan.

Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku?!


Anak-anak LINUS ku di Tahun 1. Buat teacher menitik air mata pula hari ni.

Hari ni Izham memang agak susah Iah nak kawal. Ada sahaja idea nya nak usik kawan. Biasalah budak-budak kan. Alkisahnya, Izham dah kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu.

Sedihhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut Izham pada begnya, sambil cakap,

'Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni... kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!'

Dengan nada marah Firdaus marah kat Izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata. Hehe.

Sedih tengok anak kecil ni yang dah merasa kehilangan ayah tercinta, pada usia 7 tahun.

Banyak boleh kita buat refleksi. MashaAllah. Moga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku. Aamiin ya Rabb.

Wednesday, November 20, 2013

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!