Wednesday, November 20, 2013

Polis Trafik Yang Baik Hati-simpati

Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Tak kira melayu, cina, india atau apa bangsa pun kalau dah buat silap saman je. Bukannya cari silap pengguna jalanraya.

Kami admin bangga dengan tindakkannya. Berani dan cukup bertangungawab siap tunjuk ID NO 176678. Pasti beliau dah hafal dengan tugasan dan akta sebelum menjalankan tugas bukannya bertugas dahulu baru hafal dan belajar dengan akta serta tugasan seorang pegawai polis.

Cina vs Polis Trafik.. sapa yang patut anda kagumi?
#Polis Trafik yang Cool > http://youtu.be/ftVpwWllc6o

Kisah Razan selama 365 Hari Di Syria



Razan nama diberi kedua ibu dan ayahku dan kini usiaku telah mencecah 8 tahun. Saya mempunyai sebuah cerita yang ingin dikongsi bersama saudara muslimku di luar sana.

Bandar yang kudiami telah dikepung selama lebih setahun. Ertinya, langsung tiada ubat-ubatan atau sumber makanan dapat menembusi bandar ini. Dulu, kami mempunyai sedikit sumber makanan, tapi setahun adalah jangka masa yang panjang dan sumber makanan kami tidak dapat menampung untuk jangka masa yang begitu lama. Selalunya, buah zaiton menjadi santapan kami, tetapi pada hari-hari yang lainnya, ibuku mencari beras atau bayam bagi menggantikan buah zaiton.

Rumahku telah hancur dalam serangan bom dan ayahku tercedera dalam serangan itu. Ibuku menangis kerana tidak dapat membekalkan ayahku ubat-ubatan yang dia perlukan. Saya sangat sebak mendengar tangisan ibuku. Malah, ibuku turut menangisi abangku yang kini ditahan di dalam penjara dan kami langsung tidak tahu bagaimana keadaan dia sekarang.

Sudah setahun saya tidak menjejaki sekolah, tapi sewaktu dibesarkan saya tahu saya mahu menjadi cikgu sains yang terbaik. Sekarang, saya mengajar adik-adik saya di rumah agar mereka tidak ketinggalan seperti saya. Saya berdoa agar peperangan ini segera berakhir dan kita memperoleh Syria kembali yang bebas daripada kezaliman regim dan saya dapat meneruskan pembelajaran seperti dahulu.


"Bersama syria care dan kongsikan bersama di facebook" ikuti perkembangan Syria Care di facebook https://www.facebook.com/syria.care"


Thursday, August 29, 2013

KL Gangster 2 Bocor!?


FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.

Monday, August 26, 2013

Program Derma Darah Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Semua dijemput hadir menderma darah.

Tawaran istimewa kepada para pelajar yang dikenakan saman kesalahan lalulintas & tatatertib, pelajar (yang mempunyai saman) yang menderma darah, saman akan dikenakan hanya RM 1 sahaja. Untuk mendapatkan pengurangan saman tersebut pelajar mestilah menderma darah, dan seterusnya membawa ‘time slip’ yang akan diberikan oleh pihak hospital bagi tujuan pengesahan ke JHEP untuk pengurangan saman. (1 kali derma, 1 saman sahaja)
*tawaran pengurangan saman ini hanya sah untuk saman yang dikeluarkan oleh PSAS sahaja. Tidak sah untuk saman PDRM, AES, JPJ mahupun MDTM : )

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!