Showing posts with label KERJA KURSUS. Show all posts
Showing posts with label KERJA KURSUS. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Kegiatan Ekonomi tradisonal Melayu, cina, india

Kegiatan Ekonomi tradisonal di Tanah Melayu


Kegiatan Ekonomi Sara diri
a. Penanaman Padi.
  •  Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar.
  •  Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai.
  •  Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi.

b. Tanaman-tanaman Lain.
  • Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.

c. Hasil hutan .
  • Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.

d. Memburu binatang
  • Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut.

e. Penternakan
  • Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.

f. Perikanan
  •  Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan.
  •  Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat, sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai, jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala, jaring kelong dan rawai.

Kegiatan ekonomi komersial.
a. Padi dan beras.
  • Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain.
b. Hasil Hutan
  • Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dan sebagainya.

Kegiatan pertanian dagang.
a. Lada hitam dan gambir
  • Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai.

ii. Kopi
  • Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.


b. Tanaman jualan lain
  •  Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19.

Kegiatan Perlombongan
a. Bijih Timah
  •  Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan; Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor.

b. Emas.
  •  Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera.

B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )
Kegiatan Ekonomi Sara diri.
a. Penanaman Padi.
  •  Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan.
  • Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain.
  • Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan
  •  Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

e. Perdagangan.
  • Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu.

Kegiatan ekonomi komersial
a. Lada hitam
  • Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
  • Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia.

b. Gambir.
  •  Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil.

c. Sagu.
  •  Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan.
  •  Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )
Kegiatan ekonomi sara diri
a. Penanaman Padi
  •  Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan
Bajau.

b. Tanaman-tanaman lain
  • Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”
c. Pertukangan
  • Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda.
d. Perikanan
  •  Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.
e. Penternakan
  •  Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan.
Kegiatan Ekonomi Komersial
a. Tembakau
  •  SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
  •  Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan.
  •  Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

C. Penutup ( 2/3 markah )
Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang.

Kerja Kurus Sejarah 2013 : Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia


1. Tajuk kajian umum : Kegiatan ekonomi tradisional

Langkah/Panduan:
i. Kenalpasti aktiviti ekonomi tradisional di tempat anda.

ii. Banyak: Mungkin ada peniaga jual sate tepi jalan, buat kuih tradisional, buat belacan, jual air cendol, buat tempe, tukang urut, tukang gunting rambut tradisional, pekebun, pesawah, ternak ikan, buat sagu, nelayan, tukang besi, tukang emas, buat wau, buat labu sayong, buat batik, buat bakul, peniaga pasar malam atau pelombong emas tradisional.
Sebenarnya banyak lagi.

iii. Pastikan kegiatan ekonomi tidak dilakukan secara besar-besaran atau bersifat komersial atau tidak mengeluarkan hasil pengeluaran yang berskala besar

iv. Pilih satu kegiatan ekonomi tradisional sahaja. Boleh pilih mana-mana kegiatan ekonomi tradisional seperti langkah nombor ii. 

v. Bila dah pilih, buatlah kajian dengan menggunakan kaedah temuramah.Buat temurammah dengan pengusaha bukan pekerja atau orang yang bekerja di situ. 

vii. Bila nak buat temuramah, bina dahulu soalan- soalan yang berkaitan dengan hasil kajian supaya anda dapat maklumat tentang kajian. 

viii. Bila dah bina soalan, bolehlah buat temuramah pengusaha ekonomi tradisional yang dipilih. Kemudian tulislah hasilkan dialog temuramah tersebut.

viii. Jika buat temuramah di tempat pengusaha itu bekerja, ambillah gambar anda dan berlatarbelakangkan kawasan kajian. 

viiii. Bila ambil gambar, anda dah ada dua kaedah iaitu Kaedah Temuramah dan Melawat Tempat Kajian.

x. Simpan gambar dan semua sumber yang diperolehi kemudian bawa ke sekolah bila buka sekolah nanti. 

Bagaimana nak buat temuramah// dialog?
1. Beri salam/ sapaan/ khabar
2. Minta pengusaha ceritakan sejarah kegiatan ekonomi tradisional yg dikaji
3. Bagaimana pengusaha itu boleh terlibat 
4. Apakah tujuan kegiatan ekonomi dilakukan
5. Ada tak apa-apa proses kegiatan ekonomi tersebut. Contoh pengusaha membua sate, mesti ada proses buat sate, jadi boleh tanya. Ekonomi tradisional lain pun tetap ada proses.
6. Tanya juga peralatan yang digunakan
5) dan lain-lain soalan yang boleh dibina berdasarkan urutan hasil kajian (Lihat soalan kerja kursus yang diberi oleh guru)
6. Penutup/ terimakasih.
7. Tulis ikut format dialog/ atau buat dalam bentuk transkrip/ rumusan. Dicadangkan buat dialog.

Dapatkan maklumat asas:
Jangan lupa maklumat pengusaha:
1. Nama penuh
2. Umur
3. Alamat
4. No k/pengenalan

AA 203 Sains Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Abd. Ar-Rahman Al-Sufi

Salah seorang ahli sains Islam tersohor. Al-Sufi adalah ahli astronomi Parsi (kini Iran) yang juga dikenali sebagai Abd. Al-Rahman Abu Al-Hussain atau lebih dikenali di barat sebagai Azophi.

Beliau lahir pada 7 Disember 903 dan meninggal dunia pada 25 Mei 986. Tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan, beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja ahli astronomi Greek, terutama Ptolemy.

Sebagai seorang ahli astronomi terkenal pada zaman pertengahan, al-Sufi melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan yang menyimpang daripada kerja Ptolemy.

Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat atau ditemui oleh bangsa Eropah sehingga pengembaraan Ferdinand Magellan pada abad ke-16.

Al-Sufi merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai Astronomi Hellenistic yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhatikan dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna, dan menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj.

Bagi setiap buruj, beliau menghasilkan dua lukisan, satu daripada luaran cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari Bumi.

Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya. Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal Book of Fixed Stars pada 964 Masihi, memaparkan mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar.

Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan A Little Cloud yang sebenarnya adalah Andromeda Galaxy M31. Beliau menggambarkannya berada dalam mulut ikan yang besar, yang merupakan buruh Arab dan 'awan' berkenaan telah dikenali oleh ahli astronomi di Isfahan sebelum 905 Masihi.

Dalam bukunya, beliau juga menerangkan mengenai gugusan Omicron Velorun IC 2391 sebagai 'bintang nebulous ' di Vulpecula, satu gugusan atau asteris yang kini dikenali sebagai Al-Sufi atau Gugusan Brocchi atau Collinder 399.

Beliau juga menggambarkan Awan Magellan sebagai Al-Bakr, lembu jantan putih di selatan Arab yang mana ia tidak kelihatan dari utara Arab kerana latitudnya.

Al-Sufi menyediakan carta langit daripada pemerhatiannya dan mengubah mengubah magnitudnya dengan cermat.

Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi stellar.

Bukunya boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis oleh Schjellerup dan ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian. Kerja-kerja Al-Sufi tidak diketahui di Eropah.

Pada masa penciptaan teleskop, Andromeda Nebula telah ditemui oleh Simon Marius pada 1612 menggunakan teleskop. Al-Sufi juga menjelaskan mengenai warna Sims (satu bintang) tidak berubah yang kemudian disahkan melalui pemerhatian.

Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy pula melihat warna kemerahan di Iskandariah dan Schmidt pada 1841 nampak warna putih selepas warna kuning beberapa hari sebelumnya.

Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat lain.

Oleh sebab sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi yang mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan terletak 22.1 Selatan 12.7 timur.

Bear dan Madler dalam tugasannya terkenal Der Mond pada 1837 menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi).

Monday, May 7, 2012

Kerja Kursus Geografi Pmr 2012

Bahan untuk soalan 1.

EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU


1.Konsep Ekologi dan Ekosistem

Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya. Mengkaji habitat organisma.

Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.


Keseimbangan Ekologi

Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Cth ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau.

Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah “keseimbangan dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Cth dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna.

Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut.

Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang.

Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.

2.SISTEM EKOLOGI

Konsep Ekosistem
Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain dan alam sekitarnya

Komponen biotik
Komponen yang terdiri daripada organisma hidup yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai.

Komponen abiotik
Terdiri daripada benda bukan hidup yant termasuk pelbagai jenis gas, air dan galian.

Kitar nutrien
Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon , nitrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.

Rantaian makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.

Pengeluar
Tumbuhan yang merupakan autotrof yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.

Pengguna
Kumpulan heterotrof iaitu organisma hidup yang bergantung kepada pengeluar atau organisma lain untuk mendapat tenaga/makanan.

Pengguna primer
Pengguna pertama yang memakan pengeluar untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna sekunder
Pengguna kedua yang memakan pengguna pertama untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna tertier
Pengguna ketiga yang memakan pengguna kedua untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengurai
Organisma yang menguraikan tumbuhan/organisma yang reput/mati dan mengembalikan nutrien kepada tanah.

Piramid Ekologi
(piramid tenaga)
Satu hierarki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan antara satu aras trofik dengan aras trofik yang lain dalam sesuatu ekosistem. Selain menunjukkan jumlah organisma dalam setiap aras trofik, piramid ekologi penting dalam menjelaskan pengaliran tenaga daripada pengeluar, penggunaan tenaga tersebut , simpanan dan kehilangan tenaga.


FUNGSI EKOSISTEM
a) aliran tenaga
Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku apabila proses makan dimakan berlaku. Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
b) kitaran nutrein
Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara komponen biotik dan abiotik. Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem) dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem)

KEPENTINGAN EKOLOGI KEPADA MANUSIA
a)Pembalakan
Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan. (ekosistem daratan)
b) Hasil hutan
Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti rotan hutan .
c) Perubatan
Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai perubatan. Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan.
d) Pelancongan/ Ekopelancongan
Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor pelancongan dan rekreasi.
e) perikanan/ akuakultur
Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak. Disamping boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup.

GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM
a) pertanian
Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan asid atau alkali dan nutrien tanah. Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.

b) penyahutanan
Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu dibuat oleh organisma.

c) perlombongan
Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan.

) pelancongan
Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah merata-rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

e) Industri
Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu hidupan akuatik. Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan.

GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM
a) letusan gunung berapi
Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitat dan mengganggu ekosistem.

b) taufan
Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbangan ekosistem kerana boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem.

c) gerakan jisim
Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat dan mengganggu ekosistem.

d) banjir
Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Ini akan mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem.

e) kemarau/ kebakaran semulajadi
Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran semulajadi di hutan. Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM SEKITAR
a) langkah perundangan
Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal pencemaran udara dan air .

b) kempen
Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta.

c) pendidikan
Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi, pendidikan moral.Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melalui persatuan atau kelab alam sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.

d) hutan simpan/ taman negara
Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin.

e) pengurusan/ pengawalaseliaan
Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar. Misalnya
Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu belimbing di Rantau Abang, Terengganu.


Bahan untuk soalan 2.

PERNIAGAAN RUNCIT

1. konsep
Sedekad dahulu, peruncitan di Asia merupakan sebuah perniagaan tempatan yang
kebanyakannya dijalankan oleh orang tempatan sendiri. Kini ianya semakin berubah akibat
kehadiran satu bentuk perniagaan antarabangsa yang didominasi oleh warga asing (The
Economist, 01.07.2001). Morgan Stanley, sebuah bank pelaburan baru-baru ini membuat
perbandingan di antara pasar raya besar dari segi kawasan dan mendapati Carrefour
menunjukkan satu strategi yang pelik dengan meletakkan cawangannya di tempat-tempat
yang tidak bersesuaian dan membuat penawaran lebih kepada ‘stail’ Perancis. Kajian
menunjukkan populariti mendadak yang dikecapi pasar raya besar telah memberi kesan
negatif ke atas peniaga-peniaga kecil dan kini adalah masa yang tepat untuk mengenakan
peraturan yang ketat kepada mereka (The Economist, 4 Julai 2001).
Peruncitan di Asia sedang mengalami dua perubahan yang besar. Perubahan
pertama adalah perubahan daripada pasar raya dan kedai kecil kepada pasar raya besar.
Kedua adalah pencerobohan syarikat-syarikat daripada Barat dengan kemahiran, teknologi
dan budaya untuk melaksanakan gedung besar.

Di Malaysia, industri peruncitan merupakan antara industri yang penting dan memberi
sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Sektor ini terbentuk daripada
gabungan peruncit, perniagaan kecil dan pasar basah. Di samping itu, sektor peruncitan juga
merupakan gabungan antara pasar raya, koperasi bersatu dan kedai-kedai yang menjual
peralatan tertentu dan diletakkan di dalam satu plaza membeli belah di kawasan perbandaran.
Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling senang diceburi
di Malaysia dan jenis perniagaan runcit yang paling popular diceburi adalah perniagaan groseri
atau perniagaan pembekalan makanan. Satu kajian telah dijalankan oleh Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad di Negeri Sembilan pada tahun 1986 tentang penglibatan
bumiputera dalam perniagaan, telah melaporkan bahawa lebih daripada 25 peratus peniaga
bumiputera dalam negeri berkenaan telah melibatkan diri dalam perniagaan barangan runcit.
Kajian di Sarawak pula mendapati bahawa sebanyak 50.6 peratus daripada perniagaan
bumiputera adalah dalam sektor peruncitan dan pemborongan, dan 44.1 peratus daripadanya
adalah jenis barangan runcit.
Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir di dalam aliran produk-produk
daripada pengeluar kepada pengguna. Maka ianya amat penting dalam ekonomi sesebuah
negara. Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan dan keberkesanan institusi peruncitan
secara amnya memerlukan industri pemborongan.

Saturday, September 4, 2010

Tema Dan Persoalan Novel Azfa Hanani

Tema
Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Persoalan
Antara persoalan yang terkandung dalam novel ini adalah:-
a) pengorbanan yang dilakukan untuk membalas budi keluarga angkat
b) kesombongan golongan elit
c) ketabahan dalam menghadapi cabaran
d) kesukaran untuk meneruskan pelajaran akibat kemiskinan hidup
e) usaha untuk memantapkan penguasaan dalam sesuatu bahasa
f) hubungan cinta yang terputus sebagai akibat perbezaan darjat
g) sikap terlalu mementingkan kebendaan dan prejudis terhadap golongan miskin
h) kemampuan dari segi kewangan dapat mengubati penyakit

Friday, September 3, 2010

Sinopnis Azfa Hanani Bab 7-24

Kerenah Laili:

Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.


Tertanya-tanya:

Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.


Ekran:

Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.


Meluah Rasa:

Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.


Bukan Dirancang:

Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.


Melulu:

Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.


Hadiah Bererti:

Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat dan hanya menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.


Misteri Yang Tersimpan:

Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan.


Kunjungan Mengejut:

Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.


Hari Sumbangsih:

Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.


Terusir:

Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teknik yang tertentu, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari rumah itu.


Hakikat:

Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar meletakkan Azfa Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.


Segala-galanya Berakhir:

Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fauzana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibuny bekerja sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah asrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.

Monday, September 7, 2009

Dapatan Kajian - Petempatan dan Perbandingannya Di Tokyo

8.1 : Jenis dan Pola Petempatan


* Jenis dan Pola Petempatan

Bercham adalah sebuah petempatan bandar yang terdapat di Malaysia dan padat dengan penduduk. Ini kerana Bercham mempunyai pelbagai kemudahan seperti rumah, pusat membeli-belah dan aliran pengangkutan yang baik. Manakala pola petempatan yang terdapat di Bercham ialah berpusat, berkelompok dan terancang. Pola petempatan terancang dapat dibuktikan melalaui Rancangan Briggs iaitu petempatan semula. Jadual dan carta pai di bawah mewakili pola petempatan yang terdapat di Bercham.

Bandaraya Tokyo juga merupakan petempatan bandar seperti Bercham. Walaubagaimanapun, Bercham tidak sepesat bandaraya Tokyo. Tokyo dikatakan lebih padat berbanding Bercham kerana Tokyo merupakan ibu negara bagi Jepun dan merupakan daerah metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah penduduknya sebanyak 33,750,000 di bandaraya tersebut dan sekitarnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan pelbagai jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan tanah air yang aman dan makmur.


8.2 : Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan


• Sejarah
Bercham merupakan sebuah bandar bijih timah dahulunya. Ini telah mempengaruhi faktor petempatan di kawasan Bercham. Penduduk di kawasan Bercham ini terdiri penduduk yang berbilang kaum. Tetapi kebanyakan penduduknya adalah orang Cina. Orang Melayu dan orang India mula menduduki kawasan ini setelah terbinanya kawasan perumahan. Jadual dan graf di bawah ini mewakili peratusan penduduk di kawasan Bercham.

Penduduk di Kawasan Bercham Melayu Cina India Lain-Lain
Peratusan 71% 17% 10% 2%


Bandar Tokyo di Jepun pula merupakan bandar Feudalisme. Bandar Tokyo merupakan sebuah perindustrian tercanggih di dunia. Ianya masih lagi mengamalkan kuasa tentera. Pada tahun 2002, dicatatkan bahawa 12% penduduk di Tokyo adalah kanak-kanak, 71.4% pula merupakan golongan yang bekerja dan selebihnya adalah penduduk senior.


• Bentuk Muka Bumi

80% daripada kawasan Bercham adalah tanah pamah. Manakala 20% lagi merupakan kawasan tanah tinggi. Bercham merupakan kawasan yang rata dan dikelilingi oleh bukit batu kapur. Di Tokyo pula, hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang merupakan tanah pamah. Manakala, sebahagian besarnya pula adalah tanah tinggi.

• Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang terdapat di Bercham adalah perniagaan. Hampir 99% rumah kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Selain itu, terdapat juga pekilangan yang dijalankan. Tetapi perkilangan yang dijalankan adalah pekilangan kecil sahaja. Di Bercham juga, dahulunya dijalankan perlombongan bijih timah. Perlancongan juga merupakan kegiatan ekonomi di Bercham. Tampat yang boleh dilawati di sini adalah seperti gua batu kapur. Bercham juga merupakan sebuah pusat perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang terdapat di sini adalah seperti perbankan dan perhubungan. Tokyo pula merupakan metropolitan ekonomi terbesar di dunia. Tokyo merupakan satu pusat kewangan, pusat operasi kepada pelbagai syarikat perbankan dan insuran, dan menjadi pusat perhubungan, industri cetakan dan industri penyiaran. Tokyo juga merupakan sebuah pusat perlancongan kerana di sana juga terdapat pulau-pulau.

• Darjah Ketersampaian

Di Bercham, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan. Sebahagian besar penduduk memiliki kenderaan sendiri untuk memudahkan mereka bergerak. Di sini juga terdapat pengangkutan awam yang baik. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi telah memudahkan penduduk untuk ulang-alik ke tampat kerja serta keluar ke bandaraya Ipoh. Manakala di Tokyo pula, penduduk penduduknya terlalau padat. Jadi, kemudahan awam seperti keretapi telah dibina. Ini telah memudahkan penduduk Tokyo untuk bergerak ke mana-mana.

• Sosial/Budaya

Di Bercham, penduduknya terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu, wujudnya tempat beribadat yang banyak. Masjid didirikan bagi penduduk muslim manakala kuil didirikan penduduknya yang beragama hindu. Terdapat banyak tokong sebagai tempat beribadat orang Cina yang beragama budha kerana pada dahulunya, Bercham merupakan petempatan orang cina. Di Tokyo, terdapat banyak muzium yang didirikan. Muzium ini memaparkan kepelbagaian lukisan traditional Jepun. Ia juga memaparkan budaya yang dahulunya wujud di Jepun.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai bentuk muka bumi yang cantik dan kegiatan ekonominya yang tidak kurang seperti negara lain. Selain itu, kita juga mempunyai jalan raya yang baik dan berturap.

8.3 : Fungsi Petempatan


Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan bandar Bercham serta penduduk di bandar Bercham.Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Bercham adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di Bercham telah dinaiktaraf pendidikannya.

Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Bercham seperti Sek. Ren. Perpaduan Jaya,Bercham yang akan dibuka pada tahun 2010.Sekolah tersebut mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding sekolah lain yang ada di Bercham.Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di Bercham yang semakin baik dan selesa.Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik,jalan bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di atas.
Fungsi petempatan di negara perbandingannya iaitu Tokyo,Jepun pula adalah sebagai kawasan perindustrian. Ini kerana di Tokyo terdapat begitu banyak kilang. Disamping itu, Tokyo juga mempunyai pelbagai fungsi sampingannya dan antaranya ialah menanam padi di kawasan tanah tinggi. Ini adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk menjalankan kegiatan menanam padi di kawasan tanah pamah.
Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.


8.4 : Masalah Petempatan


Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan jugapencemaran alam sekitar.Pencemaran alam terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Bercham.

Selain itu,Bercham juga tidak terkecuali daripada pencemaran udara kerana ia terletak berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara.Pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku di Bercham berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-kenderaan bermotor dan kilang-kilang.

Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian,pertambahan bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif.Kesesakan lalu lintas sering berlaku di Jalan Sunway.Ini disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala ke Bandaraya Ipoh.Jalan tersebut juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan laluan utama menuju ke sekolah.
Bandar Tokyo di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Bercham.Bandar Tokyo juga mengalami masalah pencemaran udara.Ini berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-kenderaan bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid.
Keesakan lalulintas yang sama berlaku ni bandar Tokyo kerana penduduknya amat padat.Bandar Tokyo juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang dagangannya yang amat padat kerana punca ekonominya juga bergantung kepada kegiatan pelabuhannya.

Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-wenangnya.Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas,sebagai penduduk Bercham,kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.


8.5 : Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan


Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah petempatan yang berlaku di Bercham dan Bandar Tokyo di negara Jepun ialah melebarkan jalan raya,menguatkuasakan undang-undang,mengitar semula,menyediakan tapak pelupusan dan membuka kawasan baru.Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya.

Contohnya,di Bercham pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan bandar Sunway untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik darjah ketersampaian.Selain itu,untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga telah meggalakkan pengeluaran kenderaan awam dan penduduk juga memberi kerjasama dengan menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada mengurangkan kesesakan lalulintas, langkah ini juga telah mengurangkan pencemaran udara.Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan pencemaran.Pokok-pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya.Selain daripada mengurangkan pencemaran,ia juga boleh mencantikkan kawasan.Tambahan pula,kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka yang berlaku.

Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran.Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Pembukaan pusat pelabuhan baru di Tokyo telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan pertambahan barang dagangan. Di Nagoya, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaanya untuk menanam lebih banyak pokok-pokok .Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun begitu,para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Kawasan Kajian - Petempatan dan Perbandingannya Di Tokyo

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya adalah Bercham. Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Bercham terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan kawasan Bercham adalah lebih kurang 6km persegi.
Pekan Bercham terletak lebih kurang 8km dari bandaraya Ipoh. Antara kawasan lain yang berhampiran dengan Bercham adalah pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.
Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Tesco Extra, Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini.
Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.
Peta-peta yang berikut adalah peta Malaysia, kedudukan negeri Perak di dalam peta Malaysia, peta negeri Perak, Bercaham di dalam peta daerah Kinta, peta perbandingan kawasan saya iaitu bandar Tokyo, Jepun, dan peta lakar kawasan kajian saya iaitu Bercham.

PETEMPATAN DI KAWASAN BANDAR BERCHAM, IPOH, PERAK DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI TOKYO, JEPUN



OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.



2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di Negara Jepun.

3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta fungsi petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.



4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negar Jepun.

5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo, Jepun

6. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap kawasan Bercham di daerah Kinta, Negeri Perak, Malaysia.



diambil dari blak white

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!