Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Kisah Razan selama 365 Hari Di Syria



Razan nama diberi kedua ibu dan ayahku dan kini usiaku telah mencecah 8 tahun. Saya mempunyai sebuah cerita yang ingin dikongsi bersama saudara muslimku di luar sana.

Bandar yang kudiami telah dikepung selama lebih setahun. Ertinya, langsung tiada ubat-ubatan atau sumber makanan dapat menembusi bandar ini. Dulu, kami mempunyai sedikit sumber makanan, tapi setahun adalah jangka masa yang panjang dan sumber makanan kami tidak dapat menampung untuk jangka masa yang begitu lama. Selalunya, buah zaiton menjadi santapan kami, tetapi pada hari-hari yang lainnya, ibuku mencari beras atau bayam bagi menggantikan buah zaiton.

Rumahku telah hancur dalam serangan bom dan ayahku tercedera dalam serangan itu. Ibuku menangis kerana tidak dapat membekalkan ayahku ubat-ubatan yang dia perlukan. Saya sangat sebak mendengar tangisan ibuku. Malah, ibuku turut menangisi abangku yang kini ditahan di dalam penjara dan kami langsung tidak tahu bagaimana keadaan dia sekarang.

Sudah setahun saya tidak menjejaki sekolah, tapi sewaktu dibesarkan saya tahu saya mahu menjadi cikgu sains yang terbaik. Sekarang, saya mengajar adik-adik saya di rumah agar mereka tidak ketinggalan seperti saya. Saya berdoa agar peperangan ini segera berakhir dan kita memperoleh Syria kembali yang bebas daripada kezaliman regim dan saya dapat meneruskan pembelajaran seperti dahulu.


"Bersama syria care dan kongsikan bersama di facebook" ikuti perkembangan Syria Care di facebook https://www.facebook.com/syria.care"


Thursday, August 29, 2013

KL Gangster 2 Bocor!?


FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.

Monday, February 20, 2012

Ditahan dan Diugut Sebar Gambar Bogel Pasangan Kekasih

DUNGUN - Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.
Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu. Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18
hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.
Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.
Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.
Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. 
-Bernama-

Sunday, February 19, 2012

Sokong Bantah Pembinaan Panggung Wayang!!

BANGI - Penduduk Bangi tidak merasakan pembinaan panggung wayang satu keperluan kerana menyifatkan banyak kepentingan lain lebih berfaedah, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.
Beliau berkata, dengan kecanggihan teknologi dan kemudahan internet, sesiapa sahaja boleh menonton pelbagai cerita.
“Keperluan pembinaan wayang ini bukanlah keluhan mahupun permintaan penduduk, ia desakan orang luar.  “Malah Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang ditubuhkan sejak 1971 turut bersetuju agar tidak dibina panggung wayang kerana sebelum ini bangunan sama di Kajang dan Warta Bangi ditutup tidak sampai setahun kerana tidak mendapat sambutan,” katanya.  
Beliau berkata demikian ketika me­ngulas dakwaan mengatakan pihaknya ketinggalan zaman dan berfikiran terkebelakang apabila tidak bersetuju dengan pembinaan panggung wayang di Bangi.  
Beliau berkata, tuduhan seumpama itu sama sekali tidak wajar.  Menurutnya, panggung wayang kini bukan lagi menjadi pilihan utama kerana dalam keadaan zaman serba canggih, penduduk mempunyai banyak alternatif lain untuk menonton.  “Tidak perlu bazirkan wang, penduduk mempunyai pilihan sekiranya mahu menonton di panggung wayang sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebagainya, jadi tidak menjadi keperluan yang mendesak untuk membina bangunan ini di Bangi,” katanya.
-sinarhrian- 

 Pss:Teringat mase dulu pegi panggung wayang tengok citer Xbeli pon popcorn..melilih air liur tgok..hahaha

Wednesday, February 1, 2012

Sepupu dirogol 15 Kali Sejak Dua Tahun Lalu

 
KEMAMAN – Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.
  
Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.
Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.
Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.
Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.
Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.
Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.
Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya.
-sinar-

Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akhir Petang

 Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Aril AF, adik arwah sendiri.
Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah untuk arwah Izwan Pilus.
Update 1 – Menurut sumber, Aril AF kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa balik ke kampung halaman, Melaka.
Update 2 – Allahyarham meninggal dunia tepat jam 6.15 petang menurut Twitter rasmi Aril AF di Hospital Ampang.
Update 3 – Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.
Update 4 – Sebelum arwah pergi meninggalkan kita, beliau sempat me-muatnaik gambarnya yang terakhir.
-ohbulan-
 Gambar Terakhir arwah meninggal dunia.

Antara Lagu-lagu arwah..


















"Semoga arwah ditempatkan orang-orang yang beriman"

Thursday, January 19, 2012

Pelajar Simbah Asid

KOTA BHARU - Dua pelajar ditahan kerana disyaki menyimbah asid terhadap seorang lelaki, Wan Hussin Wan Yusoff, 52, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tendong, Ahad lalu.
Kedua-dua pelajar terbabit masing-masing berusia 16 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, dalam dua serbuan berasingan antara jam 2.35 hingga 2.45 pagi semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua pelajar terbabit dipercayai dijanjikan akan mendapat upah daripada bekas isteri kedua mangsa.
Beliau berkata, salah seorang daripada pelajar terbabit yang belajar di sebuah sekolah agama menyimbah asid terhadap mangsa jam 12.15 pagi.
Katanya, kedua-dua pelajar terbabit yang berasal dari Kampung Kutan, Wakaf Bharu, Tumpat kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.
“Sebaik menahan pelajar terbabit, hasil soal siasatan, kita berjaya menemui semula botol asid yang dibuang ke dalam parit yang mengandungi air sejauh kira-kira dua kilometer daripada rumah mereka,” katanya semalam.
Jalaluddin berkata, polis kini mengesan tudung botol asid terbabit yang dipercayai dibuang berhampiran tempat kejadian. Sebelum ini, polis menahan dua bekas isteri mangsa yang berusia 31 dan 42 tahun untuk membantu siasatan.
-sinar harian-


Arkib Berita 2011/9 Mei/22 KesSimbah Asid tahun 2011

KUALA LUMPUR  - Polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT). 
"Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas. 
"Polis kini meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa suspek di mahkamah jika ditangkap," katanya di sini hari ini. 
Chin Wah berkata, perbuatan tersebut dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut. 
Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi. 
"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields. 
"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," katanya di sini hari ini. 
Menurut Chin Wah, cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan lecur. 
"Orang ramai yang menjadi mangsa atau melihat kejadian itu diminta melaporkan kepada polis di talian 'hotline' 03-21159999 agar tindakan segera dapat diambil untuk mengesan dan menangkap penjenayah terlibat," katanya.
-Harap pihak berkuasa pantau penjualan asid pada pelanggan yang bawah umur serta mengawal penjualan asid pada pelanggan-

Mayat Reput Dalam Keadaan Terduduk

KULIM - Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir reput, di tingkat tiga kediaman berkenaan.
 
Anggota Unit MPV Balai Polis Kulim yang menerima panggilan daripada penduduk bagaimanapun terpaksa memecah pintu sebelum memasuki rumah berkenaan.
Dari siasatan yang dijalankan, mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi ruang tamu dikenali sebagai Manivannam Ganiasamy, 33.
Mangsa sudah berumah tangga dan mempunyai empat anak. Dia tinggal bersendirian kerana isterinya T Murugammah, 29, mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya di Block F di kawasan sama.
Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, isteri mangsa kecewa dengan sikap mangsa yang sering mabuk dan tidak mahu bekerja.
Menurutnya, rumah yang didiami mangsa sekarang ini milik isterinya tetapi dilelong bank kerana kegagalan mangsa membayar wang ansuran bulanan.
“Kali terakhir isteri mangsa menghantar makanan kepada mangsa pada empat hari lalu. Namun berlaku perselisihan faham.
“Bagaimanapun isteri mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa suaminya setelah dimaklumkan oleh jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa, “ katanya.
 Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim bedah siasat semalam dan punca kematian masih dalam siasatan.
-sinar harian-

Dadah Dalam Ampau

 KUALA LUMPUR - Seorang peniaga bersama rakannya dipercayai mengedar dadah, ditahan di rumah di Sri Petaling, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul berkata, polis menjumpai 12 paket plastik dipercayai dadah jenis ketamin seberat 34 gram di dalam sebuah bilik.
“Kami turut menjumpai tin minuman, berisi satu paket plastik mengandungi lapan biji pil ekstasi seberat tiga gram, straw dan satu paket dadah jenis syabu.
Beliau berkata, 300 biji pil dipercayai dadah jenis erimin 5, diletakkan dalam tiga bungkusan sampul angpow di bahagian dapur rumah berkenaan, jumlah rampasan dianggarkan RM4,490.
“Lelaki ditahan berusia 34 tahun dan tidak bekerja, rakannya berusia 47 tahun seorang peniaga,” katanya.
-sinar harian-


Happy Chinese New Year From Awesome Blog.My

Wednesday, January 18, 2012

Pelajar Mencuri Televisyen Dipasaraya

 AYER KEROH - Hanya kerana di rumahnya tiada televisyen, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup mencuri sebuah televisyen LCD 32 inci di sebuah pasar raya, minggu lalu.

 Akibatnya, Mohd Hasrullah Zulkifli, 23, dari Desa Taming Sari, Sungai Udang dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hasrullah didapati mencuri sebuah televisyen LCD jenama Panasonic bernilai RM899 di Pasar Raya Jusco Aeon Bandaraya, Jalan Panglima Awang, kira-kira jam 8 malam pada 12 Januari 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Mohd Hasrullah mengaku bersalah terhadap pertuduhan kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Muhather Mohd Kudus di hadapan Majistret MuhammadHazri Hanafi.
Dalam rayuannya untuk mengurangkan hukuman, Mohd Hasrullah memberi alasan dia tidak mempunyai televisyen di rumahnya.
-sinar harian-

Remaja Perempuan Lari Dengan Kekasih


























KULIM - Seorang remaja yang bekerja di kedai menjual barangan perubatan herba dilaporkan hilang selepas berlaku pertengkaran melibatkan keluarganya. 

Sebelum dilaporkan hilang, Siti Nazirah Ismail, 18, memaklumkan kepada keluarganya dia akan menghadiri majlis pembukaan kedai baru syarikat di mana dia bekerja di Pekan Serdang sebelum kejadian.
Abang mangsa berkata, setelah sehari tidak menghubungi mana-mana ahli keluarga, dia mengambil keputusan untuk menghubungi syarikat di mana adiknya bekerja.
Menurutnya, syarikat terlibat memaklumkan majlis sepertimana dikatakan oleh mangsa tidak pernah dianjurkan.

“Kami sekeluarga kemudiannya memeriksa almari pakaian dan mendapati sebahagian pakaian dan barangan peribadinya sudah tiada.

“Sebagai ahli keluarga, pastinya kami mahukan yang terbaik untuk adik perempuan kami. Dipercayai adik saya mengikut seorang kawan lelakinya kerana pertengkaran yang berlaku sebelum ini juga melibatkan perkara ini,” katanya.

Katanya, adiknya sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak dua tahun lalu walaupun tanpa persetujuan keluarga.
“Saya tidak kisah sekiranya adik saya mahu mendirikan rumah tangga dengan sesiapapun tetapi pastikan pasangannya itu adalah yang terbaik untuknya,” katanya.
Keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Selama kira-kira jam 10.50 malam.

Waris mangsa juga turut meminta bantuan beberapa pihak di sekitar kawasan Kulim untuk membantu mengesan mangsa.
-sinar harian-

Wanita Dirogol, Diikat mata Dan Dirakam Gambar

SHAH ALAM – Disamun, diikat mata, dikurung, dirogol dan gambar bogel dirakam, adalah detik hitam dilalui seorang wanita yang merupakan pelatih sebuah bank dalam kejadian 9 Januari lalu.
Mangsa yang berumur 24 tahun sebelum kejadian malang itu memandu kereta bersendirian menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Shah Alam di Seksyen 19, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, setiap hari mangsa menaiki komuter untuk ke tempat kerjanya di ibu negara.
Menurut sumber, ketika mangsa baru meletakkan kenderaannya, datang sebuah kenderaan lain dinaiki dua lelaki.
“Suspek menarik keluar mangsa dan terus mengacukan sebilah parang di lehernya. Suspek meminta wang tetapi mangsa mengatakan duit di dalam bank.
“Berang dengan pengakuan tersebut, suspek mencabut tudung mangsa dan mengikat matanya. Mangsa dibawa lari menaiki kereta dengan niat untuk membawanya ke bank,” katanya.
Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak membawa mangsa ke bank, sebaliknya membawa wanita itu ke sebuah rumah yang tidak dikenal pasti.
“Mangsa terus dikurung di dalam sebuah bilik. Kemudian, datang seorang lagi suspek, merogol dan merakam gambar bogel mangsa,” katanya.
Sumber berkata, sebelum didata­ngi suspek ketiga, mangsa dipaksa meminta wang daripada keluarga atas alasan salah seorang penjenayah itu berhutang dengan ah long, RM2,000.
“Selepas dirogol dan diugut, mangsa menelefon teman lelakinya dan meminta wang RM500,” katanya.
Menurutnya, suspek membawa mangsa untuk mengeluarkan wang tersebut sebelum ditinggalkan di Stesen KTM Komuter Batu 3, dalam keadaan tidak bermaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
-sinar harian-
 Wanita yang tidak bersalah dirogol begitu sahaja.

Pelajar Dipukul Oleh Guru Sebab Bergaduh

TELUK INTAN: "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."


Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.
Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.
"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Tuesday, January 17, 2012

Pelajar Kolej Didakwa Cuba Bunuh Teman Wanitanya

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut di sebuah kolej swasta hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan menikam perut wanita itu menggunakan sebilah pisau, minggu lepas.

Osleh Osman, 20, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.
Mengikut kertas pertuduhan, Osleh yang tinggal di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini didakwa menikam Nor Azlin Yusuf, 20, di sebelah kiri perutnya dengan menggunakan sebilah pisau sehingga boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Kolej Ican, Tingkat 10, Menara Maxis Segar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Ampang Jaya di sini pada 10.30 pagi, 11 Jan lepas.
  Gambaran selepasperut dibedah-Hiasan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana ia melibatkan kesalahan serius dan penggunaan senjata berbahaya.
"Mangsa yang merupakan kenalan rapat tertuduh mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan melibatkan usus kecil dan besar, kini berada di Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan. Sekiranya diberikan jaminan dikhuatiri tertuduh akan mengganggu mangsa," katanya.
Namun, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan memohon jaminan tidak kurang RM15,000 berserta syarat tambahan iaitu mangsa tidak diganggu oleh tertuduh dan keluarga serta tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.
Peguam M.K Thas yang mewakili Osleh pula memohon mahkamah memberikan jaminan dan mempertimbangkan jaminan pada jumlah yang berpatutan kerana anak guamnya bukan daripada golongan yang berada serta penjamin iaitu bapa saudaranya yang bekerja di sebuah firma sekuriti hanya mempunyai wang RM8,000 untuk menjaminnya.
Beliau berkata anak guamnya juga merupakan seorang yang pasif dan dengan karakter itu tidak mungkin dia boleh menakut-nakutkan mangsa kerana mangsa adalah teman wanitanya dan keluarga tertuduh turut mengenali mangsa dengan rapat.
Hakim Manira membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Feb untuk sebutan semula kes.
Mahkamah juga memerintahkan Osleh melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali dan tertuduh dikenakan syarat iaitu tidak boleh mendekati mangsa dan keluarga serta saksi-saksi pendakwaan.
"Sekiranya tertuduh melanggar syarat-syarat berkenaan, jaminan terhadap tertuduh akan ditarik balik dengan serta-merta oleh mahkamah," kata Hakim itu.
 Tak sempat Makan Ubat dah mati-Hiasan

Warga Tua Hampir Pengsan Terima Bantuan

GUAR CHEMPEDAK  – Pekarangan Dewan Serba Guna Guar Chempedak di sini dipenuhi individu layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disampaikan kerajaan melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Pejabat Pembangunan Negeri Kedah.


Ia dibuat dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Maybank, CIMB Bank, Penyelaras Parlimen Jerai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak.
Majoriti penerima sesi pertama penyampaian BR1M di parlimen Jerai ini terdiri daripada warga emas yang kebanyakannya ditemani anak masing-masing.
Turut hadir, Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang memberi ucapan sebelum majlis bermula.

Penerima, warga emas, Md Desa Chik, 70, turut mendengar ucapan namun dia dilihat bangun dalam keadaan lemah berikutan keadaannya yang hampir pengsan ketika mengikuti majlis.
Md Desa berkata, dia menghidap penyakit darah tinggi dan pening ketika berada di dalam dewan akibat keadaan panas serta sesak.
“Saya datang dengan anak dari Kampung Raga, Yan, untuk terima BR1M.
“Saya datang sejak jam 7 pagi dan tidak sangka akan berasa pening kepala akibat kea­daan sesak dan panas dalam dewan,” katanya.
Katanya, ia mungkin kerana dia hanya sempat makan roti ketika sarapan, bimbang terlewat menerima bantuan berkenaan.
“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak yang sudi membantu membawa saya keluar dari dewan dan memulihkan keadaan saya,” katanya.
Md Desa berkata, berdasarkan kad jemputan yang diterimanya, dia dikehendaki hadir ke dewan jam 7 pagi.
Md Desa kemudiannya dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Yan yang berusaha memulihkan keadaannya di luar dewan.
Sementara itu, warga emas berumur 89 tahun antara penerima BR1M di sini yang tinggal di Kampung Tok Kau.
Warga emas, Fatimah Wahab, 89, berkata, dia menyanjung tinggi usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.
“Seumur hidup saya, tidak pernah lagi kerajaan menyampaikan bantuan sebegini.
“Wang RM500 cukup bermakna bagi warga emas seperti saya dan berharap bantuan sebegini akan diteruskan pada tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Suhaimi berkata, pihaknya menyediakan tujuh kerusi roda bagi memudahkan warga emas berurusan ketika menuntut BR1M di dewan terbabit.
Menurutnya, sebanyak 10 kaunter dibuka untuk memudahkan orang ramai menukar slip kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Orang ramai kemudiannya menukarkan baucar terbabit di dalam dewan melalui kaunter Maybank dan CIMB Bank untuk mendapatkan tunai RM500,” katanya.
Info:sinar harian

Dadah Dalam Kotak DVD Berjumlah RM80,000!

KUANTAN- Rahsia seorang lelaki membawa kotak pemain DVD berjenama ketika melalui Lorong Seri Teruntum, Jalan Kampung Tengah di sini malam kelmarin terbongkar selepas polis mendapati kotak itu mengandungi 1.5 kilogram dadah ketamin dianggarkan bernilai lebih RM80,000 mengikut harga pasarannya.

Dalam kejadian jam 12.51 tengah malam itu, suspek yang bekerja sebagai tukang cat berusia 42 tahun bertindak mencampak kotak tersebut ketika bergelut dengan anggota polis yang cuba menahannya untuk pemeriksaan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Suspek yang berasal dari negeri ini dan serta sudah berkeluarga itu berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai wang tunai sejumlah RM2,530 di-syaki wang hasil dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, polis turut merampas tujuh mata wang China bernilai 100 setiap keping, tiga mata wang Thailand bernilai 1,000 setiap keping dan dua mata wang Hongkong bernilai 100 dan 20 serta dua buah telefon bimbit daripada suspek untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, serbuan sepasukan anggota polis yang diketuai Asisten Superintendan Azli Mohd Noor itu dijalankan berikutan maklumat berhubung satu kegiatan pengedaran dadah di kawasan itu.
“Hasil pemantauan yang dijalankan, anggota serbuan ternampak kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan sambil membawa kotak pemain DVD ketika itu.
“Ketika cuba menahannya, berlaku pergelutan bagaimanapun dia berjaya ditahan manakala kotak yang cuba dicampakkan diperiksa dan hasilnya membawa kepada penemuan dadah tersebut,” katanya, semalam.
Toon Khuan berkata, tiga bungkusan dadah berwarna keperangan dan putih itu mampu memberi pulangan sehingga RM180,000 jika dijual secara runcit.
“Polis percaya suspek dalam perjalanan menghantar bekalan dadah tersebut kepada pelanggannya di sekitar kawasan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya, bekalan dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari salah sebuah negeri jiran untuk diedarkan di sekitar daerah ini.
“Suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selama seminggu bermula 16 hingga 22 Januari depan bagi membantu siasatan.
“Manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori,” katanya.
INFO:Sinar Harian 

Ibu Sarat Mengandung Berkhalwat



 AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.  Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.  

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.  “Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.  Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.  “Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya.
info sinar harian

Monday, January 16, 2012

Saturday, October 1, 2011

Saturday, September 17, 2011

Komunis atau Kapitalis? Siapa Kejam?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbjfKGu86rE4t4zGNU2vgTTmOuaSi9SsMGE3VbhyphenhypheniONXCzFN7OYAmUIO1ONGX0Fy9b_q7ti1WBbaTDZiCnJ20-WRPd81FMMW_b_QYFB-b-KYzR6WCkUYN84jR3pfISitLX5j3q_YQnDJuQ/s400/komunis+kejam1.jpg
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi generasi muda hari ini yang tidak pernah merasai penderitaan hidup pada zaman komunis, mereka mungkin tidak dapat membayangkan kekejaman kumpulan pengganas itu. Namun, bagi yang pernah melalui zaman tersebut seperti Hamzah Mohd. Amin, 71, trauma yang ditinggalkan daripada kekejaman komunis itu tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini.

Malah, Hamzah yang mempunyai bakat melukis turut menghasilkan beberapa karikatur anggota komunis yang sedang menyeksa tahanan sewaktu zaman keganasan kumpulan tersebut di negara ini. Menurutnya, lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi muda.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu. "Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Hamzah cuba memberi gambaran tentang kekejaman komunis menyeksa tahanan menggunakan beberapa kaedah yang tidak berperikemanusiaan menerusi karikatur yang dihasilkannya. Berdasarkan kepada karikatur tersebut, Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut. Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh. "Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya yang sanggup datang ke pejabat Utusan di sini bagi menyerahkan karikaturnya itu.

Antara sumbangan Hamzah yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis ialah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.

Sumber: Utusan Online, 13/09/2011

Komunis Kejam, Kapitalis Pun Kejam

Pelbagai pihak terus mengasak Mat Sabu dalam isu Bukit Kepong sehingga meleret ke perbincangan ideologi komunisme di Malaysia. Dalam kartun yang dihasilkan oleh Hamzah ini, beliau telah menggambarkan beberapa kekejaman yang dilakukan oleh pihak komunis di Malaysia pada suatu masa dulu. Dalam hati dan perasaan manusia yang waras, pastinya mereka akan tersentuh dengan apa yang telah dirasai oleh mangsa kekejaman pihak komunis. Namun begitu, bagi orang yang memiliki akal yang waras juga, kekejaman komunis ini tiada bezanya dengan kekejaman serta malapetaka yang dibawa oleh pemerintah yang menerapkan idea kapitalisme di Malaysia saat ini. Tersenarai adalah sebahagian kecil dari malapetaka ini…

Pertama : Jumlah anak luar nikah di Malaysia sejak tahun 2000 hingga 2008 adalah lebih daripada 250,000 orang dan pertambahan bilangannya semakin meningkat saban tahun. Peningkatan ini pastinya terkait rapat dengan masalah sosial seperti perzinaan dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Kedua : Malaysia merupakan pengguna ke-10 terbesar minuman keras di dunia. Selain itu, kilang arak terbesar di Asia Tenggara terletak di Malaysia.

Ketiga: Rakyat Malaysia merupakan yang paling banyak membuat pinjaman peribadi (personal loan) di Asia dengan jumlahnya mencapai RM466 billion. Hutang peribadi ini pastinya akan menjadi bebanan kepada rakyat kerana bukan sahaja mereka dilibatkan dengan aktiviti riba, malah mereka juga akan terbeban dengan komitmen untuk membayar balik pinjaman mereka yang sesetengahnya memerlukan masa berpuluh tahun untuk diselesaikan.

Keempat
: 40% daripada rakyat Malaysia berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan. Ini pastinya menyempitkan kehidupan mereka dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.

Kelima
: Lebuhraya bertol, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, elektrik serta bekalan air yang berbayar merupakan keperluan asas bagi rakyat yang sepatutnya dinikmati secara percuma.

Keenam : Pertambahan kes- kes jenayah seperti rogol, samun, rompak dan kecurian merupakan perkara yang kita boleh dengari setiap hari di media massa.

Ketujuh : Kerosakan institusi kekeluargaan yang akhirnya menimbulkan kes- kes seperti sumbang mahram, kebiadapan anak terhadap ibubapa, dan sebagainya.

Kelapan : Sumber makanan diragui status halalnya. Banyak kes sudah kita dapati di mana makanan yang berlabel halal sekalipun, diragui kehalalannya. Sedangkan adalah menjadi tanggungjawab pemerintah memastikan setiap makanan yang dijual kepada umat Islam adalah makanan yang halal dan baik.

Banyak lagi kerosakan serta kekejaman akibat penerapan ideologi kapitalisme di Malaysia saat ini. Malah, kekejaman kapitalis ini lebih tragis kerana menyiksakan kehidupan rakyat dari segenap aspek. Oleh itu, adalah amat malang bagi kita yang menentang habis- habisan fahaman komunisme, tapi dalam masa yang sama mengambil ideologi kapitalisme untuk diterapkan. Wahai kaum Muslimin! Kembalilah kepada Islam untuk mengatur kehidupan kalian. Dengan mengambil Islam sebagai panduan hidup , ia akan menyelesaikan segala permasalahan yang telah dibawa oleh komunisme mahupun kapitalisme. Mengapa kita perlu mendabik dada memperjuangkan ideologi yang bukan lahir daripada Sang Pencipta sedangkan kita ada kewajipan memperjuangkan Islam dalam bernegara? Wallahu a’lam

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!