Friday, May 22, 2009

ELEMENT 2 - KOTA A FAMOSA KERJA - KURSUS SEJARAH 2009

PENGHARGAAN.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan XXX kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan XXX, Puan XXX yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik XXX dan ibu saya Puan XXX yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.

Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.

Semoga tuhan akan membalas budi baik yang telah anda berikan.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Kota A Famosa di Melaka. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:

a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih —Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b)Menambah pengetahuan tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air —Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c)Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah —Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Kota A Famosa, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu.

d)Menanam semangat patriotisme di dalam diri —Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah mengunakan beberapa kaedah kajian.
Antaranya ialah :
Melayari internet : Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan ini dengan melayari internet. Banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut. Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku teks sejarah tingkatan satu. Di dalamnya mempunyai sedikit sejarah tentang Kota A’Famosa.

HASIL KAJIAN
a) Nama bangunan:
Nama bangunan yang saya kaji ialah ‘KOTA A’FAMOSA’. Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis.

i) Nama lain — Fortaleza de Malaca

b) Latar belakang:
ii) Asal usul

Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

— Selepas penawanan portugis

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A--Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.

Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana.

Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

— Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan dari pihak luar. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.

Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang mengorbankan lebih 7,000 orang akibat tembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda.

Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satusatunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

— Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.

Akibatnya, pihak British berjaya menguasai semula Melaka pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang padah kepada mereka sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.

Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kotaA Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura.

Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa. Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dengan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.

Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807.

Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil.

Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, temboktembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles, seorang kakitangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.

Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirnya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.

Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

— Penemuan arkeologi
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middelsburgh Bastion dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut.

Kooperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824. Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Santiago Bastion dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.

iii) Pengasas
Pembinaan kota A Famosa dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque.

iv) Tarikh pembinaan
A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511 sebaik sahaja mereka menawan Melaka.

v) Lokasi
A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

vi) Tujuan penubuhan bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

c) Keistimewaan bangunan

i) Bahan binaan
Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

ii) Pengubahsuaian
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

iii) Hiasan dalaman
Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah.

iv) Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

v) Cara pembinaan
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.

vi) Pelan kota

RUMUSAN
Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan -rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

LAMPIRAN
Gambar Kota A’Famosa

RUJUKAN
INTERNET: http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa BUKU ILMIAH: Buku teks Sejarah KBSM tingkatan 1 MELAWAT KE TEMPAT KAJIAN : Lawatan bersama keluarga ke tempat kajian pada 22 Mac 2009

ESEI

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang. Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.


Senarai sumber
1) Internet — http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
2) Buku ilmiah — Buku teks Sejarah KBSM tingkatan 1 2

Senarai kandungan

Senarai sumber

Senarai kandungan

Penghargaan

Objektif kajian

Kaedah kajian

Hasil kajian
— Nama bangunan
— Nama lain Latar belakang
— Asal usul
— Pengasas
— Tarikh pembinaan
— Lokasi
—T ujuan penubuhan bangunan
— Keistimewaan bangunan
— Bahan binaan
— Pengubahsuaian
— Hiasan dalaman
— Kegunaan dahulu dan sekarang
— Cara pembinaan
— Pelan kota

Rumusan

Lampiran

Rujukan


7 Pandangan Membina!!!:

Anonymous said...

:D
time kseh..

Anonymous said...

thankz sesgt kpd mnusia yg wat bnde niey..

Anonymous said...

TERIMA kasih..bejuta-juta billion :D
without u,sincerly i could not make this work to an end..:)
i wish u will uwill succed this PMR,so do i..

Assalamualikum..

Anonymous said...

thank you very very....................much

peace world said...

thanks....kepada siapa2 yg but benda ini ia banyak membantu dalam membuat folia sejarah.thanks again.....

Anonymous said...

time ssngt kt kamu yang tlh membuat keje ni..
i wish u luck k ;;)

lynn said...

thanks

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!