Showing posts with label PENDIDIKAN ISLAM. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN ISLAM. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Pengalaman Sebagai Penggali Kubur



PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.

Gara-gara tidak mempunyai batu nisan, dia tidak sangka tanah yang digalinya sebenarnya sudah terdapat jasad lain di dalamnya.

“Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada.

“Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.

“Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kubur bercahaya

Anak kelahiran Kampung Tanjung Tokong itu sudah hampir 25 tahun bergelar penggali kubur. Dia yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah syarikat telekomunikasi turut mewarisi bakat menggali kubur daripada ayahnya.

Seperti mana janji ALLAH SWT, sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan dipermudahkan di alam barzakh. Solihin bertuah kerana melihat sendiri keajaiban berkenaan di hadapan matanya pada suatu malam.

Menurutnya, dia pernah menyaksikan kubur bercahaya pada waktu malam namun kejadian berkenaan tidak dapat dilihat rakan yang lain.

Pada suatu malam ketika dia dan tiga lagi rakan yang lain mahu menggali kubur, tiba-tiba dilihatnya satu kubur bercahaya seakan diterangi lampu yang amat cerah.

Pada ketika itu dia memanggil rakannya untuk melihat kejadian berkenaan namun disanggah rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat melihatnya.

“Memang saya sedikit terkejut, tapi itulah kebesaran ALLAH SWT, kubur berkenaan milik seorang yang boleh digelar ustaz kerana dia adalah guru agama yang turut mengajar anak Tanjung Tokong membaca al-Quran.

“Malah arwah juga adalah antara orang penting yang memandikan jenazah sekiranya adanya mayat,” katanya.

Solihin mengakui mula seronok datang ke kubur sejak kecil lagi dan kemudiannya membantu bapanya menggali kubur sejak berusia 12 tahun.

Rasa ada kematian

Mempunyai pengalaman agak luas, lelaki yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini mempunyai teknik tertentu untuk menggali kubur. Kebiasaannya dia akan mengukur tanah kubur hanya menggunakan cangkulnya sahaja.

Akibat sudah terlalu biasa dengan kematian, Solihin seakan dapat merasa akan ada kematian yang akan berlaku.

Bukan rekaan, namun itulah yang berlaku terhadap dirinya sehingga majikannya sendiri menyedari kelakuannya apabila tiba saat dia akan menggali kubur.

“Ya, saya sendiri dapat rasa diri saya tidak dapat duduk diam dan selepas itu akan ada perkhabaran orang meninggal dunia dan saya akan terus ke kubur untuk menggali.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa tapi itulah yang berlaku terhadap diri saya, majikan saya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan saya apabila waktu bekerja untuk ke kubur,” katanya.

Sama seperti orang lain, Solihin akan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ketika menjalankan tugasannya di kubur.

“Biasalah orang sentiasa ingat kubur ini tempat menakutkan tetapi kita tidak boleh bersikap demikian kerana inilah tempat kita akan ‘tinggal’ nanti,” katanya.

Friday, April 26, 2013

AA 203 Sains Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Abd. Ar-Rahman Al-Sufi

Salah seorang ahli sains Islam tersohor. Al-Sufi adalah ahli astronomi Parsi (kini Iran) yang juga dikenali sebagai Abd. Al-Rahman Abu Al-Hussain atau lebih dikenali di barat sebagai Azophi.

Beliau lahir pada 7 Disember 903 dan meninggal dunia pada 25 Mei 986. Tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan, beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja ahli astronomi Greek, terutama Ptolemy.

Sebagai seorang ahli astronomi terkenal pada zaman pertengahan, al-Sufi melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan yang menyimpang daripada kerja Ptolemy.

Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat atau ditemui oleh bangsa Eropah sehingga pengembaraan Ferdinand Magellan pada abad ke-16.

Al-Sufi merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai Astronomi Hellenistic yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhatikan dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna, dan menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj.

Bagi setiap buruj, beliau menghasilkan dua lukisan, satu daripada luaran cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari Bumi.

Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya. Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal Book of Fixed Stars pada 964 Masihi, memaparkan mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar.

Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan A Little Cloud yang sebenarnya adalah Andromeda Galaxy M31. Beliau menggambarkannya berada dalam mulut ikan yang besar, yang merupakan buruh Arab dan 'awan' berkenaan telah dikenali oleh ahli astronomi di Isfahan sebelum 905 Masihi.

Dalam bukunya, beliau juga menerangkan mengenai gugusan Omicron Velorun IC 2391 sebagai 'bintang nebulous ' di Vulpecula, satu gugusan atau asteris yang kini dikenali sebagai Al-Sufi atau Gugusan Brocchi atau Collinder 399.

Beliau juga menggambarkan Awan Magellan sebagai Al-Bakr, lembu jantan putih di selatan Arab yang mana ia tidak kelihatan dari utara Arab kerana latitudnya.

Al-Sufi menyediakan carta langit daripada pemerhatiannya dan mengubah mengubah magnitudnya dengan cermat.

Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi stellar.

Bukunya boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis oleh Schjellerup dan ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian. Kerja-kerja Al-Sufi tidak diketahui di Eropah.

Pada masa penciptaan teleskop, Andromeda Nebula telah ditemui oleh Simon Marius pada 1612 menggunakan teleskop. Al-Sufi juga menjelaskan mengenai warna Sims (satu bintang) tidak berubah yang kemudian disahkan melalui pemerhatian.

Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy pula melihat warna kemerahan di Iskandariah dan Schmidt pada 1841 nampak warna putih selepas warna kuning beberapa hari sebelumnya.

Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat lain.

Oleh sebab sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi yang mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan terletak 22.1 Selatan 12.7 timur.

Bear dan Madler dalam tugasannya terkenal Der Mond pada 1837 menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi).

Saturday, December 8, 2012

Doa Ketika Kesempitan Wang

"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6

   
Surah Hud Ayat 6

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ {6}

Keterangan ayat:
Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya.
(Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)
Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.
Sumber rujukan: Buku 101 doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed
- Artikel iluvislam.com

Dan ini doa yang saya dapat dari datuk saya.
 Doa ini juga boleh dibaca ketika kita memerlukan wang apabila kita kehabisan duit dinegeri orang, atau diluar negara. InsyaAllah, Allah akan bantu kita dalam apa jua cara sekali pun.
Sebarkan pada rakan anda! Hanya klik LIKE!! Alhamdulillah.

Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam

Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam
 
Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:
1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”). Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.
hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.
Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)
Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.

by copy n paste. Sebarkan pada rakan anda! Hanya klik LIKE!! Alhamdulillah.

Tuesday, January 17, 2012

Akibat Terlalu Marah

Video ini memaparkan dua warga Filipina yang marah entah apa cakap secara kebetulan,gigi beliau tercabut!! Marah punye pasal,gigi dah tercabut..hahaha..


 Cara Menahan Marah Dalam Islam
Islam mengajar kita untuk menahan marah seperti berikut:

Pertama
Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa saja situasi. Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam hal ini seperti kisah yang berikut: 



Suatu hari seorang lelaki yang bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar.
“Aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi(Zaid) meminta dengan cara yang baik”
Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam. (Hadith riwayat Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)

Kedua
Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkn kesalahan orang lain.
Firman Allah swt
“Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)
Nabi SAW bersabda bermaksud :
“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
Ketiga
Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam. Banyakkan  baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.


Firman Allah Ta’ala :
”Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)
Keempat
Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk. Apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
Kelima
Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda
























Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam”Nabi saw mengucapkannya 3 kali.
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Keenam
Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. Maka yang demikian, yang dapat memadamkan api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk, demikian dangan izin Allah dapat meredakan kemarahan.
























Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
info:http://wanitasihat.com/

Wednesday, August 31, 2011

Jom!! Sesi Perbincangan Tajuk SPM Setiap Subjek

Program Puncak Kecemerlangan Akhir SPM 2011

http://nea3035.spp.moe.edu.my/file.php/1/spm2010a.jpg

Perasmian blog terbuka khas untuk pelajar SPM 2011. Boleh menghantar mesej secara online dan berbincang dengan persiapan SPM tahun ini. Antara topik yang akan dibincangkan ialah:

Soalan-soalan ramalan SPM 2011 yang akan keluar
Memuatkan isi kandungan dengan nota-nota terkini
Memasukkan kertas-kertas soalan SPM tahun lepas
Membincang dan menanyakan soalan masing-masing melalui Chat Box atau **Facebook Fan Club**
Membuat persiapan rapi sebelum SPM dan tips2 sebelum dan selepas SPM.


Saya memohon kerjasama anda dan rakan-rakan terutama yang bakal SPM tahun ini mari kita sama-sama menjayakan Program Puncak Kecemerlangan Akhir 2011 di laman website rasmi :http://bincangspm2011.blogspot.com . Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan rakan melalui Facebook. Kerjasama anda amat saya hargai.

Saturday, April 30, 2011

Aktiviti Minggu Ini di Vokasma

Assalammualaikum semua, alhamdulillah, kini sudah masuk bulan 4 dan hampir sekali saya dengan SPM yang tahun ini bakal tempuhi. Oleh itu, aq sebenarnye ingin meluahkan rase sebenar hati ini yang selama ini ak simpan dan hanya sebagai kata-kata semangat jika ade orang yang igin tahu lebih tentang diri ak. Sebenarnya ak dalam keadaan kurang tumpuan. Banyak masalah ak tempuhi selama ak bersekolah. Namun Allah S.W.T ade berfirman

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu". AlHajj :11-13

Intisari ayat

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

Disini kita dapat hayati bahawa makna intisari ayat ini menyuruh kita bersabar menghadapi dugaan mendatang. Kita jugak tidak lupa akan segala suruhannya supaya diri kita dalam keadaan bersih dan tenang dalam mana jua keadaan. Dalam waktu kecemasan, kita juga disuruh bersabar. Dengan ape?? Dengan kita berzikir dan bertawakal kepada Allah. Jika kita dalam keadaan kelam kabut., pasti kite tidak merasai kemanisan iman yang bermaksud "sabar itu separuh dari iman". Selain itu, kita ini diuji dalam beberapa bentuk. Antaranya ialah

Bentuk ujian keatas manusia.

a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c. Ujian ke atas orang perseorangan

d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.

Disini kte tahu bentuk ujian kepada seorang manusia bergantung kepada amalannya. Jika amanlannya kurang. Makna nye kekuatan diri akan lemah. Mari kita tahu apa kepentingan sabar

Kepentingan sabar

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting

a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam

Jadi, mari kita sama-sama tarbiah diri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, November 26, 2009

Nilai Sebuah Pengorbanan

Setelah peristiwa ‘pembakaran’ oleh Namrud, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin. Di sana, Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia baginda menjangkau 86 tahun. Belum pun puas baginda ‘menimang’ anak sulongnya itu, Allah s.w.t memerintahkan pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari Palestin. Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini, lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh. Dapatkah kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya?


Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s. sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayahnya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya itu. Dapatkah kita gambarkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk ‘mengorbankan’ anak kesayangannya, setelah terpisah sekian lama? Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya datang untuk menyembelihnya? Allah menceritakan peristiwa besar ini dalam Al-Qur’an, Surah Ash-Shaffat, ayat 102:

Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang ‘dirayakan’ oleh umat Islam seluruh dunia pada setiap tahun. Benar, kita merayakan ‘yaum an-Nahar’ setiap tahun. Tetapi, berapa kerapkah kita menghayati peristiwa agung ini? Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa majoriti umat Islam tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun mereka menyaksikan upacara ‘menyembelih’ haiwan korban hampir setiap tahun. Dalam penulisan ini, dengan izin Allah s.w.t saya akan cuba mengetengahkan satu hakikat besar daripada peristiwa agung ini.

Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba adalah kepatuhan total terhadap perintah tuannya tanpa merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak berhak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan perintah tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab: 36:


“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata” (Al-Ahzab: 36)

Islam bukannya sekumpulan konsep-konsep lesu yang berlegar-legar di minda manusia. Islam juga bukan bererti kepercayaan-keprcayaan buta yang dipaksa kepada manusia. Islam bukan sekadar beberapa perlakuan ritual (’aktiviti keagamaan’) yang wajib dilaksanakan secara membuta-tuli. Sebaliknya, Islam adalah agama praktikal yang berpengaruh di dalam kehidupan manusia. Islam bermaksud ketundukan yang sepenuhnya kepada syariat Allah. Seorang muslim tidak pilihan, kecuali menjadikan keseluruhan hidupnya dibawah naungan syariat Allah yang sempurna. Sekiranya seorang muslim itu memilih untuk hidup di luar syariat, maka pada hakikatnya dia bukanlah seorang muslim, walaupun dia mengaku beriman. Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir." (Ali-Imran: 32)


Konsep ketundukan total kepada perintah Allah ini tergambar jelas dari peristiwa keluarga Nabi Ibrahim a.s. sepertimana yang telah dinukilkan di atas. Ketundukan inilah yang menyebabkan Hajar bersabar dengan ujian ditinggal oleh suami tercinta di lembah yang tandus bersama anaknya yang masih kecil. Ketundukan inilah yang menyebabkan Nabi Ibrahim a.s. sanggup menyembelih anak yang amat disayangi. Penyerahan inilah juga yang mengakibatkan Nabi Ismail a.s. bersedia dikorbankan demi memenuhi perintah Allah s.w.t. Ini semua mereka lakukan dengan patuh walaupun mereka tidak mengetahui hikmah di sebalik perintah tersebut. Adakah kita menghayati hakikat ketundukan total ini dalam kehidupan kita?

Kebanyakan umat Islam hari ini amat jauh dari hakikat ketundukan ini. Mereka tenggelam dengan gaya hidup barat yang berkiblatkan hawa nafsu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi syi’ar mereka. Gejala perzinaan, perlakuan sumbang dan kelucahan berleluasa dalam masyarakat, sehingga kanak-kanak sekolah rendah pun tidak ’kebal’ daripada kerosakkan ini. Golongan muda lebih mengutamakan hiburan daripada menimba ilmu. Mereka lebih gemar membuang masa dengan melepak di gedung-gedung membeli belah mahupun bersiar-siar di taman-taman, atau menjadi mat rempit di jalan-jalan raya. Kehidupan ’glamour’ artis-artis menjadi idaman pemuda-pemudi Islam.

Pada masa yang sama, masyarakat secara keseluruhannya seolah-oleh menerima semua gejala ini sebagai suatu yang normal. Ditambah pula dengan keghairahan syarikat-syarikat penyiaran dalam mempromosikan budaya hidup yang asing ini melalui program-program bercorak hiburan yang melampau. Semua ini menggambarkan suasana masyarakat yang jauh daripada hidayah yang tiada bezanya dengan masyarakat kafir di negara-negara barat. Masyarakat Islam lupa akan ’risalah’ yang diamanahkan oleh Allah s.w.t ke atas bahu mereka. Tidakkah mereka membaca Al-Qur’an? Firman Allah s.w.t:

"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik (Ali-Imran: 110)


Ya... kita adalah umat terbaik! Kita adalah umat yang memimpin, bukannya dipimpin. Kita adalah umat yang sepatutnya mencorakkan perjalanan dunia! Malangnya, umat Islam hari ini lupa akan hakikat ini, lalu mereka redha hidup dalam kehinaan.

Islam adalah menifestasi ketundukan total kepada Allah s.w.t sebagaimana yang digambarkan melalui kisah keluarga Nabi Ibrahim a.s. Ketundukan yang didasari aqidah dan keimanan bulat yang mantap. Hakikat ini patut kita hayati setiap kali kita menyambut tanggal 10 Zulhijjah! Sesungguhnya, pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya dalam menurut perintah Allah s.w.t adalah contoh terbaik untuk kita jadikan suri tauladan. Umat ini hanya akan bangkit melalui jalan yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu yang telah berjaya dari kalangan para anbiya’, para syuhada’ dan para solehin.

Sesungguhnya Allah s.w.t amat cemburu akan hamba-Nya yang tidak beriman. Kehendak Allah s.w.t bahawa agama ini akan kembali mentadbir dunia sebagaimana yang telah berlaku dahulu. Walaubagaimanapun, telah menjadi sunnatullah, bahawa setiap kesenangan mesti didahului dengan kesusahan, setiap kejayaan memerlukan usaha, setiap kemenangan memerlukan pengorbanan. Pertolongan dan ganjaran Allah s.w.t pasti datang, asal sahaja kita melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dengan penuh kepatuhan dan ketundukan. Firman Allah s.w.t:

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman.."

Oleh:
Dr. Ahmad Kamsani b. Samingan
Timbalan Presiden
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Wednesday, November 25, 2009

Saturday, July 4, 2009

Thursday, June 25, 2009

Doa-Doa Harian


Doa Perlindungan Dari Sifat Malas


Doa Penerang Hati


"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku"

Doa Memohon Perlindungan Dari Ilmu Yang Tak Bermanfaat


"Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Dan dari hati yang tidak kusyuk.Dan dari doa yang tidak diendahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya.Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari syak wasangka dan dari kemusyrikan dan dari munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti.

Friday, June 19, 2009

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan
bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu yang pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam)



MAKLUMAT DAN INFO - BlogPendidikanHiburan-Hafez94

Monday, June 8, 2009

KOD E YANG MEMPUNYAI LEMAK KHINZIR

YANG INI ADALAH KOD MAKANAN YG MEMPUNYAI LEMAK KHINZIR. UMMAT ISLAM PERLU BERTINDAK SEBELUM ORANG KAFIR MENinDAS KITA.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.E

ANTARA MAKANAN YANG MEMPUNYAI KOD E :

Kicap Tamin
Crispy(Coklat Crispy)
Keropok Udang ROTA (E110)
Cracker Mini Munchy's (E270)
London Sweat Roll
Apollo

Friday, May 29, 2009

5 jenis Sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Saturday, May 23, 2009

BAHAYA KARTUN P0KeM0N!!!

Hafez baru terima mesej dari Dj Desa fm.com di email hafez.. baca!!!

just forward > Jgn skip utk bace nieh...sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua......> Protect Our Population Of Islam.... sumer org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) jngan smbong n bongkah..skrng korng gembra larh..tnggu balasan dkat kubur..

Friday, May 15, 2009

KISAH RASULULLAH - Sifat dan Tingkahlaku Rasulullah SAW

Sifat dan Tingkahlaku Rasulullah SAW



Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’

Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-

‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-

  • paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
  • Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
  • Tidak memakan harta sedekah
  • Tidak sombong
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
  • Suka berpuasa – mengikat batu pada perutnya apabila lapar – jika makan tidak pernah kenyang
  • Paling beradab dalam makan – Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja – saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tawaddhak dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Mengunjungi orang sakit
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Menyukai bau-bauan
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Berbuat baik dengan kaum bangsawan
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
  • Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Pembela wanita
  • Suka menasihati
  • Dan banyak lagi.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

  1. ‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
  2. ‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’

Mafhum Firman Allah SWT :

  1. ‘Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan’ (Surah An-Nahl :90)
  2. ‘Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng mu’

Maksud Sabda Rasulullah SAW:-

‘Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.’

Ali r.a. berkata :

‘Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’



GeLaran-gelaran Rasulullah SAW

  • Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-‘Aqib, Al-Hasyir, Rasulurrahmah, Raluluttaubah, Rasulumalahim, Al-Muqaffi, Qutsam
  • Selain itu Mustaffa dan kebanyakan nama surah-surah dalam Al-Qur’an seperti Toha, Yasin dll.

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!