Sunday, June 12, 2011

Imam Muda Nazrul Imam 2011

Salam, liplap liplap, dah habis cuti kite nie erk.. kejap benor ponw..hehe, dah masok bulan 6, satg bulan 7 lak, balik hostel hari nie, dapat lah result PPT ak nie.. Risaw hatiw nie.. InsyaAllah, ak dapat apa yang ak usahakan. Oke baiklah, skrng ak nak citer sikit tentang rancangan Imam Muda 2011. Rancangan nie paling ak minat sebab dapat menarik perhatian belia muda. Bukan macam program luar tu..entah apa diselitkan, dengan hiburan, lagu entah apa-apa, sampai lewat malam kan...tu lah yang silapnya.., huhuhu, harap dapat berubah dengan yang baru.. Imam Muda 2011 alhamdulillah telah menarik lebih 100000 orang yang telah menonton rancangan ini. Mungkin jugak lebih dari yang ak tulis.. Salah seorang peserta Imam Muda kita, ade seorang Ustaz ak yang datang memberi ceramah di surau asrama ak...huhuhu,, sape?? Ye, Imam Muda Nazrul ustaz kepada asrama ak,, beliau selalu datang memberikan tazkirah, solat berjemaah dan hari tu masa dia nak buat pertandingan nasyid solo, beliau telah mendapat johan dalam final nasyid solo 2010 anjuran astro oasis. Beliau duduk diluar dan juga seorang guru besar sekolah agama di Sri Manjung, Perak. Syukur buat Ustaz Nazrul. Tengok video nie, beliau menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk; Pemergianmu - Inteam


Alhamdulillah, semoga ustaz Nazrul dapat menjadi Imam yang dapat menegakkan semula Islam.
Ini adalah gambar sewaktu beliau memberikan tazkirah di surau asrama Sek Men Teknik Sri Manjung..huhu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmvMtdsSMKM5cDAvfKbHA4qyDzYV1-PIQgDqAvvly0HeLhKTlos4NszBe2kD9wfU8Tg1ZxdXfu7uPpRcThyphenhyphenhIqmhjj9A4P2xAePIu5ZgJYi5Uuw7yvmDIsITbQ6uEl3csiqeCVzp6sbPA/s1600/P1000252.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdrT99jgSJE0-1N2l4CXpfir1-kohlOdSQrQ8Ul1NDvIMkRAnI82bZ9swVaFiJiO7NtWRmaDA5KEVGPjrpXxQNtuUhmaoSteTLwhSZkRAcsjJ2CPf5Gh5BHrcWSA4slATcWY5CcHK5Ass/s1600/DSC07211.JPG

[DSC07275.JPG]

Biodata penuh Beliau
Seorang anak kelahiran Segamat, Johor.

Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee..

Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah..

Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak..

Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C)

Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya..

Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis..

dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan..

subhanAllah, semoga Allah tetapkan hatinya di jalan keredhaan-Nya, amin ya Rabb.


0 Pandangan Membina!!!:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!