Monday, July 11, 2011

Cara Menyemak Status Khidmat Negara PLKN 2012

Bagi yang bakal menerima tawaran ke PLKN 2012, Anda kini boleh menyemak status khidmat negara korang. Korang boleh memuat dengan beberapa cara mudah...

http://lh5.ggpht.com/-ZNy_0s4TP_U/Thmj4vc9UxI/AAAAAAAAEPo/Ht9ISW0uVRU/image_thumb%25255B2%25255D.png?imgmax=800

Check PLKN 2012 dengan SMS

Taip: PLKN SEMAK [IC Number] dan hantar ke 15888

Contohnya : PLKN SEMAK 940823065127 dan hantar ke 15888

Jika anda menerima SMS, anda akan mendapat SMS yang macam niew...

PLKN Tahniah! 940823065127 MUHAMMAD HAFIZA BIN ABDULLAH terpilih menyertai PLKN Siri 9/2012

Jika anda tidak menerima tawaran PLKN, anda akan mendapt SMS mcm nieww..

Maaf! 940823065127 tidak dipilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012.
Terima Kasih.

*Setiap SMS akan dicaj RM0.35

Check gune Internet (Online)

Official khidmat negara website.

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Semakan-Nama-Terpilih-Serta-PLKN-2012-Mulai-Esok.jpg

CYBERJAYA – Mulai hari ini, mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.

“Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Memasak Dodol anjuran bersama Sekretariat Alumni PLKN dan syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, semakan boleh dibuat melalui lawan web PLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my atau dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888.

Mengenai program itu, Abdul Hadi berkata selain membuat dodol untuk disumbangkan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri nanti, program itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli alumni dan staf syarikat.

Sebanyak 1,000 kilogram dodol dihasilkan pada program itu yang akan diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) sebagai badan penyelaras untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan. – BERNAMA

0 Pandangan Membina!!!:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!