Friday, June 29, 2012

Awesome- Tun Dr Mahathir Bangsa Cina Penentu PRU


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal ditentukan oleh pengundi Cina.
Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, beliau melihat undi kaum itu bakal menjadi faktor penentu siapakah yang layak mentadbir negara memandangkan Melayu bukan lagi masyarakat majoriti di negara ini.
Dr Mahathir menegaskan, faktor itu juga menjadi punca meningkatnya politik perkauman.
"Hakikatnya kesemua tiga parti Melayu cuba memikat pengundi Cina dan jadi, mereka menjadi sangat perkauman," kata beliau dipetik Astro Awani.
Beliau berkata demikan pada majlis Politik dan Perniagaan: Kaitan Malaysia' di sini semalam.
Kata Dr Mahathir, untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan kaya, rakyat perlu memberikan sokongan majoriti kepada parti yang mempunyai agenda serta idea pembangunan yang baik.
Dalam pada itu, dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum hendaklah sanggup melepaskan sesuatu demi mencapai pembangunan ekonomi dan kestabilan sosial jangka panjang.
"Mana-mana kaum janganlah berfikir untuk mengambil semuanya untuk mereka. Anda mesti mengakui bahawa orang lain juga perlu mendapat sebahagian.
"Semua kaum hendaklah menumpukan ke arah membangunkan ekonomi bersama, supaya pembahagian setiap orang adalah lebih besar di samping mengurangkan jurang perbezaan," katanya.
Dr Mahathir berkata, semasa pilihan raya 1955, orang Melayu telah mengambil keputusan melepaskan kerusi di kawasan di mana pengundi kebanyakannya orang Melayu.
"Bagi memastikan semua kaum bekerjasama, kawasan pilihan raya orang Melayu diberi kepada rakan kongsi mereka daripada kaum Cina dan India serta memastikan mereka menyokong calon-calon daripada Perikatan," katanya.
-SINAR HARIAN-

0 Pandangan Membina!!!:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!

Google+ Followers