Saturday, May 28, 2011

Hargai Pengorbanan Ibu Bapa Kita

Assalammualaikum semua!! Ape habaq?? Chat?? Huhu, lame dah tak online blogger... Bulan nie duk ostel satu bulan woo... Penat letih berjalan.. sampai jugak kat destinasi ak kat umah..sepanjang 30 km ak menempuh perjalan dari manjung ke tanjung tualang..
http://wanwma.com/wp-content/uploads/2010/01/mobile-phone.jpg
ttiba-tiba, terjumpa kawan lame kat sekolah dulu.. tapi ak tak kenal dia ponw... dia yang tegur ak dulu...haha...yelahr.. tengok baju macam kenal jew..upernye kawan ak nie duk kelas tengah-tengah...patot lah tak kenal die..Huh..letih citer pasal dia... sekarang kita citer tentang Pengorbanan Ibu Bapa terhadap anak-anaknya.

Kita sering kali mendengar kata-kata dari seorang ustaz, dari ustazah hingga insan yang mengajar kita iaitu guru. Tanpa kata-kata yang indah lagi penuh dengan ilmu dan iktibar yang boleh kita jadikan sempadan. Jasa pengorbanan seorang ibu tidak boleh dinafikan. Malah ayah kita juga paling banyak mengorbankan harta benda.
http://arjuna1182.files.wordpress.com/2008/09/kopek-durian_gigi.jpg
Maksud pengorbanan ini banyak kalau kita tafsirkan. Dari segi agama, Ibu Bapa telah berkorban demi agama untuk mendidik kita menjadi insan yang berguna. Dewasa ini telah membuatkan kita sering lupa akan jasa ibu dan ayah kita. Kita janganlah terlalu mengikut kata hati mahupun rakan-rakan yang ingin merosakkan akhlak kita. Dari segi kewangan, ibu bapa kita telah berkorban apa sahaja untuk kita. Setiap bulan hampir 100 hingga 200 ibu bapa menghabiskan duit. Makan minum, belanja makan, balik kampong dan duiat tambahan untuk apa sahaja pon telah mencecah hampir RM70 sebulan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak ramai, memang sukar untuk mencapai keluarga senang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8kabgZspFzOk40u5Kd47IjgTJDs26R2lQn2e_g9a4hy5CnHT_ePWhb2-cpQVnBU-1Cv-snCKQZNCS5bphEl8QUWJt5tPTekozmU8xvgTRMgQLK5SiktebJhj1fMEqfa9VpoLa0Xqr3sE/s1600/Cute+Kids+Wallpapers+09.jpg
Gaji yang sikit tidak boleh menampung perbelanjaan harian. Dari segi masa, ibu bapa telah berkorbankan masa bersama kita. Sanggup menggunakan masa bersama anak-anak agar anak-anak tidak dipinggirkan. Masa itu jugalah ibu bapa mengajar kita erti kesabaran, ketaatan kepada Allah, ibu bapa dan masyarakat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_T1WMmv9s4vIbyCGSFUOhAbiP06bxXbR_0caRwhKdLf8nYdQI8YskvzW8W3hNd35fCEb4WS09pFE-8dldmsY_sp7V2soXAvT3mOaDwHABbMez56DsXp4kk_BUm2yc5TrcoeQbLYqS4Ag/s320/IMG_7270.JPG
Begitu juga dengan pelajaran. Ibu bapa banyak berkorban untuk mengajar dan mendidik agar kita kenal apa itu a, b, c 1,2,3. Itu sudah memandai kalau kita fikirkan semula. Namun pada hari ini, ramai anak tidak menghargainya. Sebab apa mereka tidak menghargai?? Sebab mereka penuh dengan kekotoran jiwa yang selama ini dibawa arus pemodenan. Arus media massa yang semakin hari semakin merapu dengan berita dan gambar yang tidak sepatutnya diletak. Kenapa mahu begitu??? Kerana mereka ini punca kepada gejala sosial dan pendedahan aurat yang semakin berleluasa. Mereka yang dimaksudkan ini adalah media yang dipimpim oleh kerajaan tidak menghalang sebarang anasir yang boleh menyebabkan anak-anak semakin kurang diajar. Sikap para pelajar yang tidak beragama seperti tiada aktiviti yang boleh menyedarkan pelajar.
http://sitimarlina.files.wordpress.com/2011/04/camera-filter-love-heart-on-book-251774.jpeg
Ramai para pelajar menyalahgunakan duit ibu bapa dengan membeli rokok, topup untuk mesej awek dan bermain judi. Kesalahan ini memang sukar untuk kita kenal pasti kerana ibu bapa tidak tahu bahawa anak mereka ini mungkin ada melakukannya. Yang salah mereka katakan benar. Sehingga ibu dan ayah tidak sedar lalu mereka memberikan duit untuk anak-anak membelanjakan duit kearah pembaziran Oleh itu, sedar lah kawan-kawan, bahawa kita ini dibesarkan oleh ibu dan ayah kita. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kita. Kita sememang lupa akan jasa mereka, tapi bangunlah kerah yang benar dan masih ada pintu taubat yang kita tebus kesalahan kita. Percayalah, Allah pasti akan menyayangi kita jika kita masih sayangkan ibu dan ayah. Yang pergi, taatlah pada perintah Allah. Balaslah jasa mereka dengan ucapan terima kasih dan berjaya didunia dan akhirat.
http://sharudinzain.com/wp-content/uploads/2010/12/image0051.png
InsyaAllah, aku mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan agar kite berubah menjadi insan sejati kepada Allah, rasul dan ibu ayah. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru. Maaf lah yer tak sempat nak sampaikan salam hari tuu.. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari artikel ini. =)

Ak tinggalkan sebuah Puisi Nazam Kasih Ayah Ibu

0 Pandangan Membina!!!:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!