Tuesday, January 17, 2012

Dadah Dalam Kotak DVD Berjumlah RM80,000!

KUANTAN- Rahsia seorang lelaki membawa kotak pemain DVD berjenama ketika melalui Lorong Seri Teruntum, Jalan Kampung Tengah di sini malam kelmarin terbongkar selepas polis mendapati kotak itu mengandungi 1.5 kilogram dadah ketamin dianggarkan bernilai lebih RM80,000 mengikut harga pasarannya.

Dalam kejadian jam 12.51 tengah malam itu, suspek yang bekerja sebagai tukang cat berusia 42 tahun bertindak mencampak kotak tersebut ketika bergelut dengan anggota polis yang cuba menahannya untuk pemeriksaan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Suspek yang berasal dari negeri ini dan serta sudah berkeluarga itu berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai wang tunai sejumlah RM2,530 di-syaki wang hasil dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, polis turut merampas tujuh mata wang China bernilai 100 setiap keping, tiga mata wang Thailand bernilai 1,000 setiap keping dan dua mata wang Hongkong bernilai 100 dan 20 serta dua buah telefon bimbit daripada suspek untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, serbuan sepasukan anggota polis yang diketuai Asisten Superintendan Azli Mohd Noor itu dijalankan berikutan maklumat berhubung satu kegiatan pengedaran dadah di kawasan itu.
“Hasil pemantauan yang dijalankan, anggota serbuan ternampak kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan sambil membawa kotak pemain DVD ketika itu.
“Ketika cuba menahannya, berlaku pergelutan bagaimanapun dia berjaya ditahan manakala kotak yang cuba dicampakkan diperiksa dan hasilnya membawa kepada penemuan dadah tersebut,” katanya, semalam.
Toon Khuan berkata, tiga bungkusan dadah berwarna keperangan dan putih itu mampu memberi pulangan sehingga RM180,000 jika dijual secara runcit.
“Polis percaya suspek dalam perjalanan menghantar bekalan dadah tersebut kepada pelanggannya di sekitar kawasan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya, bekalan dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari salah sebuah negeri jiran untuk diedarkan di sekitar daerah ini.
“Suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selama seminggu bermula 16 hingga 22 Januari depan bagi membantu siasatan.
“Manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori,” katanya.
INFO:Sinar Harian 

0 Pandangan Membina!!!:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!