Internet Prabayar happy kini di Kota Bharu!
Ini adalah salah satu berita baik bagi para blogger di Kota Bharu!
happy, satu-satunya pelan prabayar terkini di Malaysia yang membayar semula kepada para pelanggan apabila menerima panggilan, kini memperkenalkan pek SIM prabayar khusus untuk data Internet yang mudah digunakan. Dikenali sebagai Internet prabayar happy, perkhidmatan baru ini menggunakan rangkaian DiGi Turbo 3GTM bagi membolehkan pelanggan happy mendapat akses Internet tanpa bayaran penggunaan bulanan.
Menurut Ketua Wilayah Pantai Timur, happy, Jennifer Neal, “Kami yakin pelancaran perkhidmatan prabayar Internet ini tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan Internet mudah alih yang kian meningkat di Kota Bharu dan kami amat gembira dapat merealisasikannya menerusi pelancaran hari ini. Pengguna di Kota Bharu kini mempunyai satu lagi pilihan untuk mendapat akses Internet dengan harga yang mampu dimiliki iaitu serendah RM1.70 sehari serta kemudahan untuk melakukan tambah nilai hanya apabila diperlukan.”
“Pelanggan juga boleh menggunakan kad SIM Internet Prabayar happy mereka untuk mendapat akses perkhidmatan DiGi Turbo 3GTM, dengan kelajuan sehingga 384kbps, di mana-mana kawasan yang terdapat liputan DiGi 3G di seluruh negara. Bagi kawasan yang tidak mempunyai liputan Turbo 3G™, pelanggan masih boleh mendapat akses Internet menerusi liputan EDGE terbesar DiGi di Malaysia,” tambah Jennifer.
Pek SIM Internet prabayar happy baru ini boleh dibeli dari pengedar happy yang terpilih di Kota Bharu dengan harga RM15 dengan nilai sedia ada untuk capaian Internet selama 3 hari berterusan. Bagi setiap tambah nilai minimum berharga RM5 pula, para pelanggan dapat menikmati akses Internet untuk dua (2) hari berterusan. Dalam pada itu, mereka akan mendapat hari internet tambahan selama 6 hari berterusan jika menambah nilai RM10 dan 18 hari dengan tambah nilai RM30. Pelanggan yang menjangkaui kapasiti penggunaan sebanyak 2GB dalam tempoh sebulan masih boleh mengakses Internet tetapi pada kelajuan yang lebih rendah iaitu 128kbps tanpa bayaran data tambahan.
Pelanggan yang berminat boleh merasai pengalaman Internet Prabayar happy itu sendiri pada pameran di KB Mall bermula 20 hingga 22 Januari 2011. Mereka juga berpeluang untuk menyertai peraduan yang menarik dan memenangi pelbagai hadiah menarik, di mana dua (2) pelanggan bertuah akan menerima Apple iPad setiap seorang.
Mengenai happy prepaid
Dilancarkan pada tahun 2007, happy prepaid merupakan perkhidmatan mudah alih prabayar Malaysia yang memberi tawaran terbaik ke atas perkhidmatan telekomunikasi. Bermula Januari 2010, happy prepaid telah menjadi jenama prabayar DiGi di Kelantan dan Terengganu dan boleh diperoleh dari wakil-wakil jualan terpilih. Di pasaran lain, happy dijual di www.happy.com.my.
0 Pandangan Membina!!!:
Post a Comment