Monday, September 7, 2009

Laporan Ke Kuala Lumpur

Laporan Lawatan ke Kuala Lumpur

Pada cuti penggal yang lalu, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring mengikuti lawatan tersebut.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Muzium Negara. Di sana, terdapat banyak bahan bersejarah. Antara bahan tersebut ialah keris,tombak, pinggan-mangkuk dan lain-lain lagi

Selepas itu, kami mengunjungi Petrosains. Di sini terdapat banyak galeri sains yang menarik. Antara yang menarik ialah simulasi menaiki helikopter.

Selain itu, kami juga melawat Zoo Negara. Terdapat banyak haiwan dari luar negara seperti kuda belang, singa dan unta. Haiwan dari dalam negara pula adalah seperti harimau belang, rusa dan orang utan.

Selepas ke zoo, kami singgah sebentar ke Tugu Negara. Di sini terdapat arca askar yang memegang bendera. Ia dibina untuk mengenang jasa perajurit yang mempertahankan negara.

Lawatan ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada kami. Pengetahuan ini amat bermakna bagi kami.

Disediakan oleh, 30 Mei 2002
Nurul Wahyu
(NURUL WAHYU BINTI MOHD YUNUS)
Setiausaha,

2 Pandangan Membina!!!:

Anonymous said...

karangan awak pendek..kita perlu banyak isi..panjangkan..awk x akn dpt 30/30..awk cuma dpt 25 ke bawah..

Anonymous said...

MCM XDE IDEA SGT.HURAIAN AMAT PERLU

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!