Thursday, June 18, 2009

RUMUSAN KERJA KURSUS SEJARAH 2009 - Menara Condong Teluk Intan

RUMUSAN

Selepas menjalankan kerja Kursus Sejarah Menara Condong Teluk Intan, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai bangunan bersejarah yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

Menara Condong Teluk Intan merupakan bangunan yang bersejarah bagi penduduk Teluk Intan. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Kini, saya dapat mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan mengetahui bangunan – bangunan bersejarah di Malaysia.

5 Pandangan Membina!!!:

smallqueen_alphardgurl said...

thnx yea,haFeZ! i apriciate it VM! thnx a lot!

Anonymous said...

mun bratayxcbk.t

Anonymous said...

sosel jer.....................ha..ha..ha...x312441543651535649384989605906

Anonymous said...

reaty rjkudtg
g

Anonymous said...

good 6_6

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!