KISAH RASULULLAH - Adab Makan
Adab Makan
- Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya
- Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
- Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
- Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
- Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
- Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
- Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
- Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
- Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
- Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
- Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
- Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
- Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
- Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
- Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
- Menyukai roti dengan minyak samin.
- Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu
- Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
- Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
- Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
- Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
- Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
- Tidak menggemari dhab.
- Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
- Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
- Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
- Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
- Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
- Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
- Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman
0 Pandangan Membina!!!:
Post a Comment