Sunday, May 10, 2009

6.3 Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan manusia

6.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

Walau bagaimanapun wujud beberapa halangan yang mana telah menyebabkan potensi kawasan kajian tidak dapat dimajukan secara komersil. Antaranya ialah masalah kemarau. Keadaan ini menyebabkan kawasan penanaman pokok mempelam musnah akibat ketiadaan air hujan yang lebat. Kejadian ini berkait rapat dengan masalah sistem saliran yang tidak diselenggarakan. Seterusnya masalah tanah aluvium dan laterit yang semakin hilang kesuburan turut berlaku kerana kegiatan penanaman pokok mempelam dijalankan secara giat. Tanah yang diusahakan tidak dirawat kesuburannya dengan penggunaan baja yang sesuai mengakibatkan menjadi halangan kepada petani mendapatkan hasil yang lumayan.
Secara perbandingannya dengan Pulau Jawa, kawasan ini juga mempunyai halangan BMB. Antaranya ialah hakisan tanah di kawasan cerun curam. Hakisan wujud kerana kegiatan petanian giat dijalankan dikawasan lereng bukit secara besar-besaran dan tanpa kawalan oleh pihak kerajaan. Kegiatan penebangan tumbuhan semula jadi di kawasan bukit menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan gelongsoran tanah. Halangan lain yang wujud ialah, darjah ketersampaian yang rendah ekoran daripada BMB yang berbukit-bukau menyebabkan jalan raya sukar dibina dan penduduk sukar berhubung terutamanya dalam menjalankan kegiatan ekonomi.
Sungguhpun begitu saya berasa bangga dengan kawasan kajian kerana kawasan Kg. Makmur ini bebas dari sebarang bencana alam yang dasyat sepert gempa bumi dan ribut taufan.

4 Pandangan Membina!!!:

~AYAP~ said...

oit...
mne dapat sume nie???

HaFez94 said...

ade lah..nak ke? Copy je.. ayap..ko duk mane?

thye said...

rumusan ada tak?

ash said...

trima kaseh....u sangat membantu saya....saya memang benci folio......:i:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!