Sunday, May 10, 2009

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Bentuk Muka Bumi (BMB) dan Cirinya

Setelah meneliti kawasan kajian selama dua minggu, maka dapat saya katakan di sini, bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Kg. Makmur ini ialah jenis tanah pamah yang luas yang mana terdiri dari tanah gambut, laterit dan juga tanah jenis aluvium. Setiap jenis tanah ini pula mempunyai fungsi yang tersendiri di kawasan berkenaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan tanah pamah mempunyai pandang darat fizikal seperti luas dan rata. Terdapat juga di sesetengah kawasan yang mempunyai bentuk beralun serta sedikit berpaya. Ciri-ciri bentuk muka bumi tanah pamah ini sesuai bagi pembangunan setempat seperti pembinaan kawasan petempatan, kawasan pertanian, pembangungan infrastruktur serta kegiatan yang menyumbang kepada ekonomi seperti pelancongan dan juga perindustrian. Berbeza dengan kawasan di Pulau Jawa, Indonesia. Bentuk muka bumi di kawasan berkenaan adalah berbukit bukau dan terdiri daripada kawasan gunung berapi yang aktif. Namun begitu kawasan ini mempunyai tanah jenis lava bes yang subur yang mana amat sesuai untuk kegiatan pertanian padi bukit serta beberapa tanaman lain. Selain itu kawasan itu juga berpotensi bagi kegiatan pelancongan. Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di Kg.Selat yang mempunyai tanah yang subur serta serta banyak menyumbang kepada ekonomi penduduk tempatan.

0 Pandangan Membina!!!:

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!

Google+ Followers