Sunday, May 10, 2009

4.0 KAWASAN KAJIAN

4.0 Kawasan Kajian

Secara umumnya Kampung Selat, Layang-Layang Kiri terletak di kawasan Mukin Layang-layang Kiri iaitu lapan kilometer dari Bota Kiri dan 15 kilometer dari simpang tiga Tanjung Belanja. Walau bagaimanapun Kampung Layang-Layang Kiri ini terletak 21 kilometer dari pekan utamanya iaitu pekan Parit. Kampung Layang-layang kiri ini berada dalam laluan utama dari Teluk Intan ke Parit. Selain daripada itu Layang-Layang kiri ini juga terletak bersebelahan dengan Sungai Perak dan berdekatan dengan kawasan kemajuan tanah pertanian seperti Rancangan Tanah Kemajuan Changkat Banjar dan kawasan pertanian padi sawah di bawah seliaan MARDI.
Amnya, luas guna tanah keseluruhan bagi kawasan Layang-Layang ialah 6475 hektar persegi, yang meliputi kawasan Layang-Layang Kiri dan Layang-layang Kanan. Namun kawasan kajian hanyalah tertumpu di kawasan layang-layang kiri dalam ukuran lima kilometer persegi sahaja. Selain daripada kegiatan pertanian yang menjadi penyumbang terbesar, ada juga sektor lain yang terlibat dalam pembangunan kawasan ini antaranya seperti jaringan pengangkutan jalan raya, saliran paip air bersih, logi pembersihan air Kg. Paloh serta institusi kerajaan seperti balai polis, Klinik Kesihatan Desa dan sebagainya.
Bagi kawasan kajian Pulau Jawa, Indonesia pula terletak di Asia Tenggara yang mana ia juga salah satu anggota negara ASEAN. Amnya, Indonesia terdiri daripada dua wilayah yang paling besar iaitu Pulau Sumatera dan Pulau Jawa. Namun kajian saya hanya tertumpu di kawasan Pulau Jawa sahaja. Secara umumnya Pulau Jawa ini terletak di Laut Jawa dan Lautan Hindi dan kawasan ini terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, yang mana mempunyai gunung berapi yang banyak dan aktif. Kawasan ini merupakan kawasan yang subur kerana tanah lava besnya yang subur yang mana amat sesuai untuk kegiatan pertanian iaitu padi huma. Namun terdapat juga tanaman lain yang dijalankan seperti, kopi, teh dan lain-lain. Sebahagian besar kawasan Pulau Jawa ini adalah kawasan berbukit bukau dan mempunyai saliran yang baik. Kawasan kajian ini dihubungi oleh jaringan pengangkutan moden dan tradisional. Kedudukannya yang strategik di laluan laut antarabangsa dan di kelilingi oleh Laut Jawa dan Lautan Hindi telah menyumbang kepada beberapa kegiatan ekonomi yang amat berpotensi untuk dimajukan.

4 Pandangan Membina!!!:

Anonymous said...

salam...
saya minta izin mengambil bberapa isi ttg pulau jawa d sini ya...
terima kasih

Anonymous said...

thanks for all your notes

HaFez94 Hisham said...

U Welcome...

Queen Min said...

thank you so much ! : )

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Blog Archive

Powered by Blogger.

Tambah Pendapatan

Rakan Media


Awesome Reader List!!!